Hi all! How are you?
Lamanya tak update blog kan. Nak kata busy, tak la busy mana pun . Ada jer free
time masa hujung minggu. Malas yang pastinya. Hahahaha. Okey hari ini just nak
review satu kedai makan nie, actually dah lama pergi tapi belum review dalam
blog. Kedai makan yang saya maksudkan adalah Warung Ambo Laman Glenmarie.
Alamat : 38, Jalan
Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor.
Keistimewaan warung Ambo
ni, adalah menjual pelbagai jenis makanan orang Kelantan, termasuk nasi kerabu,
nasi putih set, nasi dagang yang memang menu utama negeri Kelantan. Owner kedai
rasanya orang Kelantan jugak.
Walaupun jauh dr Sepang,
tetap ku gagahi jua. Hahaha. Makan punya pasal kan.
Konsep kedai nie adalah self-service
tapi ada khidmat pembantu ambilkan makanan. Yang pasti kena la beratur. Tapi
luckily masa kami sampai masih awal pagi dan tak ramai orang lagi. So customer
flow tu cepat jer.
Tujuannya datang nak
makan nasi dagang tapi sebab datang awal
sebelum pukul 10am, nasi dagang belum ready, so order lah nasi kerabu. Nasi
kerabu ni memang datang satu set, dengan telur asin, sayur-sayur, dan juga
keropok. Samaada ayam ke, daging ke, ikan ke, paru ke, atau yang lain-lain tu, ampa
kena pilih sendiri set mana yang ampa nak.
Kembali kepada nasi
kerabu tadi, bagi I kuah dia memang kena dengan tekak I, sedap makan dengan
ulam2 and nasi tak kering. Kami jugak order satay tepi kedai. Agak keras
texture isi ayam satay tu tapi bolehlah la makan. Kuah satay agak plain
rasanya. Selain makan nasi kerabu, kami pun order jugak laksam and kuih muih Kelantan
untuk take away.
Dari segi harga, agak affordable. Lupa plak, teh ais beng depa
sedap manis lemak2 gitewww tapi untuk orang yang kurang minum manis macam I
nie, rasa jugak la kemanisan level 4/5 .
Overall, recommended la makan kat sini
sebab byk choice of foods.