Saturday 10 September 2022

RESEPI 93 : VIETNAM ROLL & PENCICAH SOS CILI

Hi semua! Okey harini kita nak share menu hujung minggu bersama keluarga, Vietnam roll dengan homemade sos cili sebagai pencicah. Selamat mencuba.


BAHAN – BAHAN

Rice paper

Soohoon (Celur)

Daun Salad

Imitation Crab stick (Celur)

Udang (Celur)

Carrot (Potong memanjang)

Timun Jepun (Potong memanjang)

 


CARA – CARA

Basahkan rice paper depan dan blakang dan jangan basahkan terlalu lama.

Letakkan rice paper tadi atas pinggan yang leper untuk memudahkan proses menggulung.

Letak daun salad, timun, carrot dan mee hoon tadi. Ikut suka nak letak yang mana dulu.

Kemudian gulung sedikit, letak pula imitation stick crab dan udang dan lipat mengikut kesesuaian size rice paper masing – masing. Gulung seperti gulung popia biasa.

 

BAHAN – BAHAN SOS PENCICAH

7 ulas bawang putih

6 batang cili merah thai

1 batang cili besar merah

2 tangkai daun ketumbar (sekali akar) – potong akar utk sos pencicah

2 sdb air perahan limau (Boleh guna jus limau Thai)

4 sdb gula perang

1 ½ sdb sos ikan thai

Garam/ maggi secukup rasa

 


CARA – CARA PENYEDIAAN SOS PENCICAH

Kisar kasar bawang putih, cili Thai , cili merah besar, akar daun ketumbar dan sedikit hirisan daun ketumbar. (Letak air setengah cawan)

Masak bahan-bahan kisar tadi bersama – sama sos ikan, gula perang, dan jus limau.

Perasakan dengan garam atau secukup rasa mengikut kesesuaian citarasa masing – masing. Gula juga boleh ditambah jika ingin lebih manis.

Masak sehingga sos agak pekat ( boleh tambah bancuhan tepung jagung utk lebih pekat)

 


Thursday 4 August 2022

REVIEW: MCD CREAMY BUTTER CHICKEN BURGER

Hello there! Happy thursdalicious! Okay, hari nie  I nak review new burger from McDonald. McDonald’s Malaysia has unveiled their latest buttery concoction, Creamy Butter Chicken Burger and Nasi Lemak McD with Creamy Butter Chicken.

 


But for today review, I only tried Creamy Butter Chicken Burger.

 


It doesn't really feel like much sauce. The patty was most likely simply dipped in the sauce and placed inside a bun. When compared to authentic, creamy, thick sauces, this one isn't an award-winner. The first bite is not particularly impressive. It simply has the same McChicken burger flavor as before. Although the sauce had a slight saltiness to it, it complemented the mushy patties. Additionally, they provide a lot of vegetables, which I appreciate.

 


Overall: 3/5

Tuesday 2 August 2022

REVIEW: WARUNG AMBO LAMAN GLENMARIE

Hi all! How are you? Lamanya tak update blog kan. Nak kata busy, tak la busy mana pun . Ada jer free time masa hujung minggu. Malas yang pastinya. Hahahaha. Okey hari ini just nak review satu kedai makan nie, actually dah lama pergi tapi belum review dalam blog. Kedai makan yang saya maksudkan adalah Warung Ambo Laman Glenmarie.

 Alamat :  38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor.

 


Keistimewaan warung Ambo ni, adalah menjual pelbagai jenis makanan orang Kelantan, termasuk nasi kerabu, nasi putih set, nasi dagang yang memang menu utama negeri Kelantan. Owner kedai rasanya orang Kelantan jugak.

Walaupun jauh dr Sepang, tetap ku gagahi jua. Hahaha. Makan punya pasal kan.

Konsep kedai nie adalah self-service tapi ada khidmat pembantu ambilkan makanan. Yang pasti kena la beratur. Tapi luckily masa kami sampai masih awal pagi dan tak ramai orang lagi. So customer flow tu cepat jer.

 

Tujuannya datang nak makan nasi dagang tapi sebab datang  awal sebelum pukul 10am, nasi dagang belum ready, so order lah nasi kerabu. Nasi kerabu ni memang datang satu set, dengan telur asin, sayur-sayur, dan juga keropok. Samaada ayam ke, daging ke, ikan ke, paru ke, atau yang lain-lain tu, ampa kena pilih sendiri set mana yang ampa nak.

 





Kembali kepada nasi kerabu tadi, bagi I kuah dia memang kena dengan tekak I, sedap makan dengan ulam2 and nasi tak kering. Kami jugak order satay tepi kedai. Agak keras texture isi ayam satay tu tapi bolehlah la makan. Kuah satay agak plain rasanya. Selain makan nasi kerabu, kami pun order jugak laksam and kuih muih Kelantan untuk take away. 



Dari segi harga, agak affordable. Lupa plak, teh ais beng depa sedap manis lemak2 gitewww tapi untuk orang yang kurang minum manis macam I nie, rasa jugak la kemanisan level 4/5 .

Overall, recommended la makan kat sini sebab byk choice of foods.




Tuesday 17 May 2022

REVIEW: SAMA-SAMA HOTEL KLIA RAMADHAN BUFFET

Hello, and how are you?

Hope everyone has an amazing Hari Raya Aidilfitri and enjoys your Raya food. My favorite foods are Ketupat Palas and rendang. Alright, so today walaupun agak lambat untuk update, I would like to share my view on Sama- Sama Hotels KLIA Ramadhan Buffet.

Located next to KL International Airport, this five-star luxury hotel offers 442 rooms and suites for a seamless business or leisure stay for your #SamaSamaExperience. Only a 3-minute free buggy ride from the airport via a connected covered sky bridge which is available 24 hours. So if you all tak nak parking dekat hotel boleh jugak parking dekat KLIA and take buggy ride to Sama-Sama Hotel.

Sama-Sama Hotel has 7 restaurants for a dining experience with award-winning culinary and for the ambiance is so sophisticated, relaxing, and has an urban decoration.

Ramadan Buffet took place at one of their newest renovation restaurants which is Continents -a homely art deco setting of Continents where seasonality and provenance reign. I’m using an early bird voucher which costs me RM125/pax. The price is reasonable with the various food offered.

This Ramadhan Buffet, Sama-Sama Hotel exudes unique culinary experiences across the 7 continents from the Mediterranean, Japanese, Chinese, Indian, and Malay traditional cuisines, and Kopitiam styles. Overall, the foods are delicious and meet my expectation. The staff was also very helpful and friendly. Excellent guest service.

Let's check out the picture of the day below.






















Looks delicious right? Sama-Sama Hotel also provides breakfast, lunch & dinner buffets. What are you waiting for, call them now for a booking ok...

SAMA-SAMA HOTEL KL INTERNATIONAL AIRPORT

Address: Jalan CTA 4B, 64000 KLIA Sepang, Malaysia

Phone: +603 8787 3333

Fax: +603 8787 5555

Reservations: reservations@samasamahotels.com

Sales: sales@samasamahotels.com


Thursday 14 April 2022

RESEPI 92: MEE GORENG BASAH

Hi there! How are you? Lamanya I tak update blog. Sekarang agak busy dengan kerja dan jarang masak. Anyway, belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan musliman. Semoga bulan Ramadhan ini kita dapat gandakan pahala dengan amal ibadat dan juga sedekah. Aamin.

Okeylah , jom check menu untuk hari ini. Selamat mencuba.

 

BAHAN BAHAN:

1 bungkus mee kuning - bilas dan tos

10 ekor udang

1 mangkuk kecil ayam yang dipotong kiub

2 ikat sayur Park Choy

1 biji tomato - hiris 6

1 mangkuk kecil hirisan kobis

4 sudu besar cili kering kisar

5 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

10 sudu besar kicap manis

Air secukupnya


BAHAN KISAR:

4 ulas bawang putih

1 biji bawang merah besar

3 btg cili Thai merah

 

CARA CARA:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.

Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan hingga cili masak dan pecah minyak.

Setelah terbit minyak, barulah dimasukkan air serta udang dan ayam. Kacau sebati dan tunggu ayam dan udang masak.

Masukkan pula sos cili, tomato, kicap manis dan sos tiram. Tunggu sehingga mendidih.

Masukkan mee kuning bersama sayuran dan tomato . Kacau atas api sederhana. Masukkan air jika kering.

Bila sayur dah layu , bolehlah tutup api.

Sedia untuk dimakan.