Friday 30 November 2018

RESEPI 46: AYAM MASAK KICAP SAMBAL SIMPLE / SIMPLE SAMBAL SOY SAUCE CHICKEN


Hello guys. How are you? Hope you guys have an amazing day. I want to share with you guys my chicken recipe yang paling I suka buat sebab senang. Pasti sedap menjilat jari bagi peminat kicap. Okey bahan-bahan adalah seperti di bawah.

Simple Sambal Soy Sauce Chicken

BAHAN-BAHAN
1 Mangkuk Ayam Yang Telah Dipotong – Goreng Separuh Masak Dengan Kunyit Dulu
1 Biji Bawang Besar – Ditumbuk Kasar
4 Ulas Bawang Putih – Ditumbuk Kasar
½ Halia – Ditumbuk Kasar
5 Biji Cili Padi Merah – Ditumbuk Kasar
2 Sdb Cili Kisar
6 Biji Cili Padi Hijau
1 batang Cili Besar Merah
1 Biji Bawang Holland
1 batang serai
½ Halia – Hiris Halus
Kicap manis Cap Kipas Udang – ini tiada sukatan
3 sdb air asam jawa
1 cawan air

CARA-CARA
Tumis bahan tumbuk tadi bersama serai dan halia hiris tadi hingga kekuningan.
Masuk cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan pula air asam jawa, kicap manis dan 1 cawan air. Kicap manis tiada sukatan. Nak hitam letak banyak. Lagi sedap.
Bila mendidih masuk pula ayam yang digoreng tadi. Kalau kuah agak pekat tambah air sedikit. Tunggu hingga ayam masak. Jangan lupa rasa kuah ikut citarasa.
Finally, masuk bawang Holland yang dipotong empat, cili besar dan cili padi. Gaul sekata. Siap untuk dihidang.





Wednesday 28 November 2018

RESEPI 45: IKAN GERUT MASAK PEDAS “HARIMAU MENANGIS”


Ikan gerut harimau menangis
BAHAN-BAHAN
3 Ekor Ikan Gerut – goreng kunyit garing

Common Name: Saddle Grunter, Saddle Grunt
Scientific Name: Pomadasys maculatus  

6 helai daun limau purut
2 biji bawang besar merah – potong besar
6 ulas bawang putih – hiris kasar
2 Batang serai – 1 batang hiris kasar
1 inch halia – hiris kasar
3 btg cili merah besar
12 btg cili Thailand (hijau dan merah)
2 sdb Sos cili
2 sdb Sos tiram
2 sdb gula
½ sdk garam
1 sdk serbuk lada hitam
3 sdb cili kisar (cili kering yg dikisar bersama bawang merah)
 
Antara bahan yang digunakan
CARA-CARA
Tumis cili kisar dan serai hingga pecah minyak
Masukkan bawang besar, bawang putih, cili Thailand dan halia. Masak dalam 3 mins.
Kemudian masukkan sos cili, serbuk lada hitam dan sos tiram. Gaul bagi sebati. Perasakan dengan gula dan garam ikut tahap citarasa masing- masing. Sebab ada yang suka masin dan ada juga suka manis sedikit.
Akhir sekali masuk daun limau purut dan cili merah besar. Gaul sebati.
Boleh disediakan di atas ikan gerut tadi.

Simple Resepi

Resepi nie adalah lebih kurang macam ikan siakap harimau menangis yang dulu I pernah post. Boleh click below link ok:


Tapi ada sedikit penambahbaikan. I rasa letak serbuk black pepper lagi power rasanya. Ikan gerut pula kita goreng garing-garing baru sedap. Kuah kalau you all suka banyak, tambah air sikit sebelum letak perasa ok. Ini adalah favourite dish bila keluar makan di kedai Pattani. Ini tak sama ok dengan yang daging harimau menangis “Danok”. 

Ini dinamakan Harimau Menangis  sebab tahap kepedasan yang mampu menyebabkan harimau yang gagah lagi berkuasa menangis. Tapi jangan sedih tau. Masakan ini sangat sedap bagi tekak orang yang makan pedas. Lagi banyak bawang putih dan cili api, lagi sedap. Actually, boleh juga tambah 1 sdk sos ikan, tapi memandangkan kat rumah tiada, kita ganti garam. Masak lebih mudah jika anda pandai adjust rasa. Okeylah , itu sahaja celoteh masakan pada hari ini. Jumpa lagi next blog….Bubye!!


Tuesday 27 November 2018

RESEPI 44: SIMPLE FRIED KUEY TEOW / KUEY TEOW GORENG


Hello guys…

This is my lunch menu for today. Love to share the recipe with you guys because this is really simple and fast to cook. Yesterday is rice day and today is noodles day. Let’s check it out!!

Ingredients
1 packet of Kuey teow noodles
1 small bowl of chicken- cutting into dice shape
1 small bowl of prawns
1 small bowl of fresh bean sprouts
3 tablespoons of chili paste (dried red chili soak in hot water and blend with 3 small shallots)
5 tablespoons of sweet soy sauce
1 1/2 tablespoons of soy sauce
2 tablespoons of oyster sauce
2 tablespoons of chili sauce
1 teaspoon of sugar
Scant 1/2 teaspoon salt
2 dashes white pepper powder

Instructions
Heat the oil in a wok or heavy-bottomed pot over medium flame. Add the chili paste and stir fry for about 1 minute. Add the chicken and prawns and stir fry until almost cooked through.
Then add all the sauces, sugar and salt and stir in all. Make sure taste the seasoning as you preferred.
Reduce a bit the heat and stir in the kuey teow noodles, tossing them to heat through. Scrape the bottom of wok or pot frequently to minimize sticking.
Add the sprouts and continue to cook, tossing frequently, until the sprouts are just cooked through. Adjust seasoning by adding white pepper powder. Ready to serve.




Saturday 24 November 2018

RESEPI 43: SPICY RA-BOKKI / TTEOK-BOKKI /RICE CAKES - KOREAN STREET FOODS / SAMYANG


Hello guys…today I want to share my 1st trial on making Tteok-Bokki. It is easy recipe to follow but I'm not satisfied of the texture of my rice cakes. It was quite squishy. I think it would be better next time. Hope so!!

Alright, let’s check the history of tteok-bokki. The first record on tteok-bokki appears in Siuijeonseo, a 19th century cookbook, where the dish was listed using the archaic spelling Steokbokgi which known by various names including Tteokjjim (steamed rice cakes), Tteok-Japchae (stir-fried rice cakes), and Tteok-Jeongol (rice cakes hot pot). 

The history of tteokbokki is widely debated as it has been mentioned in several ancient books. Based on Wikipedia, it is believed that red, spicy tteok-bokki with gochujang-based sauce first appeared in the 1950s. When Ma Bok Lim participated at the opening of a Chinese restaurant, she dropped ttoek accidentally and ate it, and found that it was delicious which make her sell it at Sindang and it became tteok-bokki these days. Tteokbokki is one of those comfort foods that many people love to eat. It’s usually pretty spicy though, but I recommend having a go at it.
 
Antara bahan-bahan yang diperlukan

How to make your own rice cakes? Sangat senang tapi kena pandai adjust air tau.
Ingredients
1 cawan tepung pulut
setengah cawan air
2 sdb minyak masak/bijan
1 sudu teh garam

Uli tepung pulut bersama air dan minyak
Jadikan ianya berbentuk silinder.
Potong dalam panjang jari kelinking.
Rebus sehingga tteok timbul.
Angkat dan biarkan sejuk.

Okey done untuk tteok.

My first tteok yang agak squishy.
Don't judge the book my its cover.
Gitewww

So next nak buat Ra-Bokki which is a type of tteok-bokki (stir-fried rice cakes), with added ramen noodles. My recipe is simple as usual. Instant. So I use Samyang Topokki ramen sauce and Samyang Nuclear sauce. Just cooked this 2 sauce and add some water. Put the ramen and tteok. Mix together.  Add egg and sausage. Done. It was so easy but unfortunately, the taste of rabokki is not reaching my expectation.

Inilah hasilnya.
Rasa ada tapi tekak macam tak boleh terima tteok tu.




Friday 23 November 2018

RESEPI 42: PAPRIK / PADRIK UDANG SIMPLE


Hello guys….masak apa hari ini?..ini adalah persoalan housewife setiap hari. Pening nak fikir  masak apa. Setiap hari kerja masak sampai habis menu. I kalau habis pening cari resepi apa nak masak, I suka tengok FB : MASAK APA HARI NI (MAHN).

Cari inspirasi resepi masakan kat situ based on bahan-bahan di rumah la. Kalau rajin pergi market, mewah la sikit resepi tapi kalau malas…kesian hubby I..makan ja la apa bini masak. Okey lah, hari ini, I just nak shared with you guys resepi paprik udang . Simple sangat dan sedap ok.






BAHAN-BAHAN

1 Mangkuk  Kecil Udang
1 Mangkuk Kecil Bunga Kobis
1 Biji Bawang Holland –potong 4
1 Biji Bawang Merah – hiris halus
2 Btg Serai
½ Inch Halia – hiris halus
10 Btg Cili Padi
5 Helai Daun Limau Kasturi
1 Btg Carrot
3 Ulas Bawang Putih – hiris halus
2 Sdb Cili Kisar
2 Sdb Sos Cili
2 Sdb Sos Tiram
1 Sdk Gula
½ Kiub Pati Ayam
3 Sdb Kicap Manis

CARA-CARA

Tumis bawang merah, halia, bawang putih , serai dan ½ cili padi. Bila naik bau, masukkan cili kisar. Masak hingga cili kisar sedikit garing.
Masukkan pula sos cili, sos tiram, kiub ayam dan kicap.
Kemudian masuk udang dan daun limau kasturi. Tunggu hingga udang masak dan perasakn dengan gula dan garam.
Masuk pula bunga kobis dan carrot. Masak dalam 5 minit.
Akhir sekali  masuk bawang Holland dan gaul hingga rata dalam 3 minit. Siap di hidang.

Selamat Mencuba!!





Wednesday 21 November 2018

TRIP HATYAI ON OCTOBER 2018 : PART 4

DAY 3: 30/10/2018 TUESDAY

Hello guys, how are you? Hope you guys have an amazing day. So today we will continue on itinerary for the last day at Hatyai. But first as usual let’s check it out the budget below.

Lee Garden Plaza→→ Walk
Hotel Grand Plaza →→ Chan bura Dimsum
Chanbura Dimsum →→ Hatyai Junction
Hatyai Junction →→ Padang Besar
Padang Besar →→ Alor Setar


Train – RM13/PAX
Grab: RM6/PAX
Foods:
Roti Canai & Tea Tarik – RM5/PAX
Dimsum – RM8/PAX
Korean Chicken – RM9

TOTAL: RM 41


After siap pagi tu, kami semua turun makan dekat tepi Hotel Centara. Dekat situ ada jual simple breakfast macam roti canai. I order roti kosong with condensed milk. Lepak-lepak kejap dekat situ then kami meronda dekat area Lee Garden Plaza. Semua tu walking distances ja.

Breakfast near Hotel Centara

Around 10.30am kami check out and heading to Chabura Dimsum with GRAB. Makan lagi. Done eating at Chabura Dimsum , singgah dekat 7E tepi Chabura Dimsum tu for the last time. Booking GRAB heading to Hatyai Junction.


Kami sampai around 12.30 pm dekat Hatyai Junction. Heheheheh… sampai awal tau. Biar kita tunggu train ..jangan train tinggal kita…heheheheh. Train jalan pukul 2.00 pm. Harga 50 THB.


At Hatyai Junction


So kami pun lepak la dulu depan Hatyai Junction tu. Ada satu cafĆ© halal yang jual burgers. Lupa pulak nama. I beli Korean chicken untuk alas perut . Takut lapaq dalam train la katakan….



Ni time lepak dekat cafe Hatyai Junction



At 2.00 pm , sampai la train classic tu …goodbye Hatyai…Hope to visit this city again…. There’s something special about Hatyai, something that sets it apart from other large cities like Bangkok, Thailand’s capital. Many have tried to put a finger on what exactly it is (including myself), but it’s truly something that cannot be explained, only felt.



YEAYYYYY JOM BALIK ALOQ STAQ!!!
PADANG BESAR TRAIN STATION


TAMAT

3 Days 2 Nights
4 Persons
2 Deluxe Rooms
Grand Plaza Hotel Hatyai

TOTAL
DAY 1: RM319.00
DAY 2: RM221.00
DAY 3: RM   41.00
PER PAX +/-: RM 581.00

HATYAI ATTRACTIONS SUGGESTION
  • Khlong Hae Floating market (3pm-9pm Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja)
  • Asean Night Bazaar Market (3pm-10pm, Isnin tutup).
  • Greenway night market (4pm-10pm, Isnin tutup).
  • Dim Sum Chabura (6am-2pm).
  • Kim Yong Market (6am-6pm).
  • Hatyai Plaza
  • Central Festival.
  • Big C – Shopping Centre
  • Lee Garden Plaza & Lee Garden Night Market (8pm-12am).
  • Khlong Hae Halal Seafood Restaurant, Hat Yai, Thailand. (RM35/PAX)
  • Magic Eye 3D Museum (9.00am – 9.00pm, 400 THB)
  • Hatyai Cable Car ((9.00am – 8.00pm, 200 THB)
  • Hat Yai Municipal Park
  • Masjid Pusat Songkhla
  • Thale Noi Waterbird Park (8.00am – 5.00pm , 500 THB)
  • Samila Beach
  • Bukit Tang Kouan @ Bukit Monyet
  • Sports Shooting Club Hatyai (SSC) (9.00am – 6.00pm)
  • Big Bee Farm Hatyai
  • Hatyai Ice Dome



Menarik juga Hatyai ini kan?  So, Musim cuti kali ini, jangan biarkan hidup anda sekeluarga diselubungi kelabu kebosanan, mai beramai-ramai ke Hatyai untuk mencipta warna-warni memori indah dan rasailah kesedapan makanan street foods dan restaurant di Hatyai. Pandai-pandai lah pilih tempat makan yang bersih dan halal. FYI, tak semua street foods sedap ok. Plan your trip wisely with the budget. Jangan jadi macam I, konon -konon tak shopping...akhirnya tertewas jugak. Lari budget I tau....

So jangan buang masa lagi, Inilah destinasinya untuk anda berjinak-jinak BACKPACKING sebelum melangkahkan kaki ke negara yang lebih jauh. Semoga berseronok di Hatyai!

Click down below untuk previous blog berkenaan TRIP HATYAI:









Saturday 17 November 2018

TRIP HATYAI ON OCTOBER 2018 : PART 3


DAY 2: 29/10/2018 MONDAY

Okey Guys…here we go for 2nd day trip at Hatyai. Bawah ini adalah itinerary and the budget untuk hari kedua.

Hotel Grand Plaza →→ Chabura Dimsum
Chabura Dimsum →→ Lee Garden Plaza
Kim Yong Market →→ Walk
Kai Tod Decha →→ Walk
Kelantan Restaurant →→ Walk

Grab: RM8/PAX
Foods:
Dimsum – RM33/PAX
Lunch – RM20/PAX
Dinner – RM20/ PAX
Others:
Hair Treatment Product - RM50
Blouse & Pants 5pcs – RM90

TOTAL: RM221


Untuk hari kedua , kami free and easy. Tak banyak aktiviti sebab first day dah cover semua tempat jauh. So untuk hari kedua kami just jalan-jalan sekitar Lee Garden Plaza.


Sesi menunggu GRAB di depan hotel 

First start of the day, kita breakfast dulu  dekat Chabura Dimsum. Dari hotel ke Chabura Dimsum lebih kurang 6 mins macam tu. Tak jauh sangat kalau naik GRAB. Satu trip kena charged THB 76 ja . So divide la berapa orang hampa pi. Kan murah tu. Okey, sampai Chabura Dimsum, apa lagi kita pilih dimsum yang kita nak makan. Memang best! Dimsum dia tak muak sebab portion kecil- kecil je. Selain dimsum, ada masakan panas macam tomyam, nasi goreng, pad Thai dan dessert famous di Hatyai ni, banana pancake.


Kami ambil Dimsum tak banyak sangat sebab
ada order makanan lain.

Disebabkan I memang kaki makan yang suka mencuba I order pad Thai and otak-otak buah kelapa muda. Sedap sungguh!! DIDIE and NAIM order nasi goreng rasanya. Lupa pulak.  Ayaq pulak, semestinya pagi-pagi pekena kopi ais pekat likat. Tak manis tak tawar. Tapi ada ‘kick’. Harga pulak amat berbaloi dengan apa yang kami order.   So rating for this restaurant is 5/5.  


Pad Thai nie sedap. Harus cuba!!

Done breakfast, kami naik GRAB ke Lee Garden Plaza. Kami meronda jalan kaki ke Kim Yong Market. Kat sini ada barang basah dan barang kering. Dalam tu ada jual baju, barang elektrik dan kosmetik. Murah gila!! Kalau nak beli kekacang pun ada di sini. Hulur duit jer. I beli hair treatment dengan serum. Lepas semua dah shopping, jalan kaki balik Hotel. Time untuk berehat di bilik sebelum keluar lunch.


Jam 2.30 PM kami berjalan kaki ke Kai Tod Decha. Panas sungguh Hatyai nie. Berpeluh peluh muka. Nasib baik tak jauh. Dalam 5 mins walk from hotel kalau tak berlenggang. Hehehehe.

Tengah tunggu order di Kai Tod Decha. Muka-muka kecerian dapat duduk.  
Kami order Nasi Khomok Dengan Ayam Goreng, tomyam, somtam, sotong goreng tepung dan teh  ais buih-buih. Kat sini hampa harus  cuba ayam goreng cicah dengan sos dia ok.  Harga kat sini lebih kurang RM 20 untuk seorang. Rating: 3/5. Dulu suka makan dekat sini, tapi trip kali nie macam tak sedap ja masakan dia. Tukar tukang masak kot.


Menu lunch di Kai Tod Decha

Teh ais buble nie kena order ok. Sedap!!

Lepas makan kita bersenam balik jalan kaki ke Lee Garden Plaza. Area Lee Plaza ni banyak jugak jual baju-baju. Ada satu mall tepi 7E tu, dalam tu banyak jual baju-baju. I pun tergoda dekat situ maka terbelilah 5 pcs blouse and pants dengan harga RM90 tunai. Konon-konon tak mau beli apa-apa sebab nak budget. Tapi apakan daya, dah dinamakan perempuan. Shopping mall adalah hantu!!Lepas shopping kat situ masuk pulak 7E. Tengok-tengok barang nak beli apa untuk bawak balik esok.

Dinner kami beli bungkus di Kelantan Restaurant. Kami order 2 bungkus nasi goreng daging dengan telur mata dan keow teow goreng. Sedap jugak makanan dekat restaurant nie.


Rating: 4/5.
Menu Dinner dari Kelantan Restaurant. Makan di bilik lebih enak bertemankan aircond.

Habis makan and chitchat, kami tidur la…Esok nak balik dahhhhhhh..huhuhu
Tunggu tau cerita last day di Hatyai. OK…

Bubye!!

Thursday 15 November 2018

TRIP HATYAI ON OCTOBER 2018 :PART 2


HATYAI DAY 1:28/10/2018 SUNDAY

Hello guys...how are you? Hope you guys have an amazing day. As promised on previous entry, I will write about my amazing fabulous experience at Hatyai. So, let’s check it out the itinerary and the budget on the first day.

Trip: 3 Days 2 Nights
Pax: 4
Accommodation: Grand Plaza Hotel Hatyai

Alor Setar →→ Padang Besar
Padang Besar →→ Hatyai Junction
Hatyai Junction →→ Salma Restaurant
Salma Restaurant →→ Hotel Grand Plaza
Hotel Grand Plaza →→ Samila Beach
Samila Beach →→ Floating Market
Floating Market→→ Asean Night Bazaar
Asean Night Bazaar →→ Lee Garden Plaza

Train – RM13/PAX
Tuktuk: RM47/ PAX
Hotel: RM135
Foods:
Salma Restaurant - RM24/PAX
Floating Market- RM20/PAX
Dinner- RM20/PAX
Others:
Casing/ T-shirt - RM60
TOTAL: RM319

Since beberapa orang request itinerary untuk trip ni bila tengok I post gambar dekat Instagram and FB, so I share dalam blog je la na. As references to others and kenangan untuk I sendiri, disamping nak menaikkan trafik blog I yang hangat-hangat taik ayam nie. Keekeke.

Let me introduce you all to my friends. We have ;
DIDIE ( Instagram: shafie_withlove )
Muhammad Naim Rosli (Instagram:  midnight1412 )
Datin Zura  (Instagram:zara_zura85 )




Members of the trip from left Sally, Datin Zura, Didie & Naim

They were the best travel companion ever!!

So, let’s begin our journey.

We took KTM Komuter dari Alor Setar ke Padang Besar pagi Ahad, pukul 7.33am. Ambik train pagi sebab train nak ke Padang Besar pun memang pagi, iaitu pukul 9.55am (waktu Malaysia -- Thailand lewat sejam dari Malaysia). Some more, DIDIE and NAIM dari Melaka and their bus pun sampai awal pagi. I and Zura tunggu di KTM Alor Setar.

Kaunter tiket ke Hatyai buka pukul 9 am, dan menurut pengalaman-pengalaman orang yang dah pernah pergi, orang akan ramai sangat beratur untuk beli tiket. So, memang kena awal lah. Sampai saja Padang Besar terus kami beratur untuk beli tiket Hatyai. Masya Allah ramai sungguh orang. Memang panjang q nak settle immigration Malaysia and Thailand lagi. Done cop passport for both immigration, tunggu pulak train. Kami naik train about 10.30 am. Fuhhhhh!! First time naik train dengan procedure waiting time yang panjang!!!. Nasib baik dapat ke Hatyai dengan kereta api klasik ‘ open air’. Hilang rasa amarah menunggu. Perjalanan ke Hatyai dengan train, Alhamdulillah aman damai angin sepoi-sepoi Bahasa di selang selikan habuk luar desa. Sapa cakap naik train ‘open air’ nie panas????? Sejuk angin ok.


Ticket train ke Hatyai
Makcik ni sentiasa ada di Padang besar train station bagi memudahkan you all yang nak tukaq duit boleh berjumpa dengan makcik ni.

Dalam classic train


Sampai dekat Hatyai Junction (train station) dalam pukul 11.15 am terus kami terpinga-pinga cari jalan keluar. Al-maklumlah, first time naik train ke Hatyai. Kami jumpa station tuktuk dekat tepi Hatyai Junction. Berlumba-lumba driver tuktuk cari pelanggan. Kami dapat hired driver tuktuk for 1 day trip. Nie habis bargain harga tapi I rasa still mahal. My bargain skills failed!!

Pencarian jalan keluar di Hatyai Junction
Nampak tak skills bargain harga tuktuk kat situ…

Then, time to eat. We went straight to Salma Restaurant because we were very hungry on that time. We ordered Nasi Ayam Goreng with somtam and drinks. . Ehh..i lupa nak review makan dekat Salma Restaurant. The foods rating I boleh bagi 3/5 dan agak mahal untuk dishes macam tu.


First meal at Salma Restaurant Hatyai

Done makan and driver tuktuk bawa ke Grand Plaza Hotel Hatyai untuk check in.  Masuk bilik, rehat and selesai apa yang patut. I pilih Grand Plaza Hotel Hatyai sebab location yang strategic and sebelah Lee Gardens Plaza. Tempat makanan halal pun banyak kat situ. Shopping Centre. Tapi yang tak syoknya hotel ni adalah tak provide iron and hair dryer ok. For me, I don’t have any problems because all my clothes are not iron material. But for those yang ada baju , tudung dan rambut untuk dikeringkan dan di iron. I don’t think this hotel is for you.  Rating: 3/5.

Grand Plaza Hotel Hatyai without iron & hair dryer. Hehehehe

Settle urusan di bilik, driver tuktuk pick up kami ke Samila Beach at 1.30 pm (Thailand time). Samila Beach sesuai untuk beriadah biasa-biasa. Mandi pantai, naik kuda, jalan-jalan and take photo. Samila Beach ni ada dua lagenda iaitu  perempuan duyung and  kisah tiga ekor binatang iaitu kucing, tikus dengan anjing. You all boleh google story di sebalik lagenda ini. Kat Samila Beach you all boleh ambil gambar dengan 2 patung ini.


Patung Mermaid at Samila Beach dari jauh. Malas nak bergambar dengan Mermaid tu.


Ice cream kelapa untuk hilangkan rasa panas di tekak


Disamping datang ke Samila Beach untuk mengisi itinerary, kami juga mencari aiskrim kelapa. Banyak yang cakap sedap dekat Samila Beach ni. Kalau nak cari souvenir pun boleh beli dekat sini dengan harga yang berpatutan. Then, we were heading to photoshoot The Giant Serpent Naga. Location tak berapa jauh dari Samila Beach. Not much interesting here. 10 mins done to take photo with the dragon.
 
This is The Giant Serpent Naga - tak bergambaq jugak sebab dah berapa kali daa mai sini

Next destination is Klong Hae Floating Market. Jarak dari Samila Beach agak jauh. Memang terasa lama naik tuktuk. Laju plak driver ni bawak. Make sure you all beli insurans tau kalau nak travel. Kalau boleh, naik GRAB la. Trauma naik tuktuk laju ni. Maybe first and last experience kut dengan tuktuk nie. No more tuktuk!! Kami sampai dalam pukul 4.30 pm rasanya. Jalan-jalan beli beberapa jenis street food dan air. Orang memang ramai, penuh meja kat bawah. Anjing pun banyak juga berjalan ke sana ke mari. Kita kena la pandai-pandai elak. Kami makan dekat atas floating markets tu. Ada satu gerai dalam tu, jual mee, keow teow soup. Wow, memang power mee dia. Sedap nak mampus …Kat sini I beli baju untuk my hubby. Harga pun not bad THB 299 sehelai. Habis meronda, driver tuktuk bawa kami ke Asean Night Bazaar. Tapi tak ingat la time jam berapa sampai kat situ. Yang pasti dah gelap sikit and hujan renyai-renyai.

Wajah-wajah kegirangan bila sampai di medan Klong Hae Floating Market

 
Klong Hae Floating Market

ehhhh DIDIE??



My favourite dish of the day :
OTAK-OTAK. Sedap nak mampusssss

Yang ni 2nd meal Sedap nak mampus
MEE TAK TAU NAMA

Asean Night Bazaar banyak kedai yang menarik dengan harga pun agak mahal kalau tak bargain. I beli casing HP and protection film dengan harga THB 270. Dekat sini tak jalan pun dekat atas tempat makanan sebab dah macam penat ja. Kami singgah dekat 7E, beli tea ice yang sedap pekat tu untuk menghilangkan dahaga sementra on the way balik ke hotel.
Asean Night Bazaar 

Dari Asean Night Bazaar  kami pun balik ke hotel. Bayar driver tuktuk untuk 1 day trip THB 1400. Rasa mahal ja. Kami tak naik bilik lagi. Terus cari Street Foods dekat depan hotel. Hotel nie sebelah Lee Gardens Plaza, so banyak street foods kat sini. Kami beli tomyam, somtam, satay, ayam goreng, pulut manga and nasi kosong 2 bungkus. Semua ni untuk 4 orang makan Yang nie amat berbaloi- baloi. Sebelum naik ke bilik , singgah sebentar di 7E. 7E banyak merata tempat, dan barang-barang dalam tu banyak yang menarik daripada 7E kita. Skincare berlambak dan semua packaging kecik-kecik yang berguna untuk travel, makanan segera yang beli terus masuk oven tu pun banyak -- burger, sandwich, etc. Dan macam-macam lagi. FIY, Hotel ni kena charged untuk air mineral tau. Mahal ok. Beli air mineral dan tea ais lagi. Total untuk dinner adalah RM 20 per pax.

Kami tak try pun udang galah kat sini sebab nampak macam digoreng berkali-kali setiap hari kalau tak habis jual

Satay besaq gedabaq

Done membeli-belah di 7E , dengan jayanya kami naik ke bilik. Makan dan rehat kemudian tidoq. Selesailah perjalanan kami untuk hari pertama di Hatyai.

Bawah nie story untuk second day. Please click below link ok.



Bubye!!