Monday, 9 March 2026

RESEPI 98: Cream Caramel – Tengok Khairul Aming Buat, Terus Rasa Nak Buat Jugak!

Okay honestly, before ni I pernah try buat cream caramel… tapi fail 😅

Lembik je custard, caramel pun tak cantik. Pernah jugak scroll TikTok, tengok orang buat resepi Khairul Aming – ada yang ngam, ada yang fail jugak. Rasa macam… eh kalau dia boleh, kenapa I tak boleh?

Pastu, ternampak video Khairul Aming buat cream caramel dia yang lembut, licin gila, terus rasa teracunnn nak buat lagi.

Yang best, versi ni dia letak roti + cream cheese. Bila blend semua sekali, custard dia jadi extra creamy & lembut, memang ngam kalau nak makan sejuk-sejuk lepas buka puasa.

Ingredients:

Caramel

1 cawan gula

Custard

2 biji telur

1 tin susu cair

1/2 cawan pekat manis

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

2 keping roti putih

1 cawan cream cheese


Cara buat:

Buat caramel dulu – gula masak slow sampai cair & perang keemasan. Tuang terus dalam bekas/loyang. Pusing sikit bagi caramel cover bawah.

Blend semua custard – telur, susu cair, susu pekat, gula, vanilla, roti & cream cheese. Blend sampai smooth.

Kena tapis! Ni step penting supaya custard nanti licin, smooth, tak berketul.

Tuang adunan dalam bekas caramel, kukus 1 jam api sederhana. Tip: balut penutup kukusan dengan kain supaya air tak menitik atas custard.

Sejukkan dulu dalam peti ais 1–2 jam, pastu terbalikkan atas pinggan. Caramel akan turun cantik atas custard 😍

I buat jadi…hahahahhaha




Bila I try buat sendiri, wowww! 😍

Custard lembut, creamy & smooth gila. Caramel cair atas custard tu cantik je. Yang best, roti & cream cheese bagi rasa lebih rich. Lepas sejuk, makan setiap suapan melt in the mouth. Memang puas hati… rasa macam dessert hotel dekat rumah sendiri.

Extra tips: blend sampai smooth, tapis untuk texture lebih cantik, kukus api sederhana supaya custard tak berlubang, dan lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk dari peti ais.

Kalau korang suka dessert simple tapi nampak fancy, resepi cream caramel roti & cream cheese ni memang wajib try. Sekali buat… confirm nak repeat lagi! 😋

Friday, 6 March 2026

RESEPI 97 : 🌶️ Sambal Kerang– Sambal Pekat, Kerang Lembut Dalam 15 Minit!

Sempena bulan Ramadhan ni, nak share resepi senang untuk berbuka & sahur…Memang sesuai untuk buka selera bagi yang tak lalu makan. Simple, cepat, tapi tetap sedap & pedas! 😋 Kalau awak peminat seafood pedas, this sambal kerang memang wajib cuba. Rahsianya? Masak sambal dulu lama-lama sebelum masukkan kerang. Hasilnya? Kerang lembut, sambal pekat dan penuh flavour! 🌟



🦪 Bahan-bahan / Ingredients

  • 500g isi kerang beku / frozen cockles
  • 1 biji bawang besar, dihiris 🧅 / sliced onion
  • 3 ulas bawang putih, dihiris 🧄 / sliced garlic
  • 5 sudu besar cili kisar 🌶️ / chili paste
  • 1 sudu besar gula / sugar
  • Garam secukup rasa / salt to taste
  • 1/2 sudu kecil asam jawa paste (Adabi)
  • Daun limau purut (optional) 🍃 / kaffir lime leaves

🔥 Cara-cara Masak / Method

  • Cairkan isi kerang beku dalam air sejuk 20-30 minit. Tos & bilas bersih.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar + bawang putih sampai wangi.
  • Masukkan cili kisar, masak sambal lama sampai pecah minyak & pekat. 🌟
  • Sambal yang masak lama ni full flavour!
  • Masukkan gula, 1/2 sudu kecil asam jawa paste, garam + air. Masukkan daun limau purut kalau suka. Biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan isi kerang yang telah dicairkan, gaul perlahan supaya semua kerang bersalut sambal.
  • Jangan overcook supaya kerang tetap lembut.
  • Angkat & serve panas-panas dengan nasi putih. Sedap & pedas! 😋🔥

💡 Tips Penting / Quick Tips

Sambal mesti dimasak lama dulu sebelum masukkan kerang – rahsia sambal pekat + kerang lembut! 🌶️

Perah sedikit jus limau nipis sebelum hidang untuk rasa segar 🍋

Untuk aroma extra, boleh tambah udang kering atau ikan bilis 🦐(Diblend)