Showing posts with label REACT. Show all posts
Showing posts with label REACT. Show all posts

Tuesday, 14 August 2018

REACT: ISSUE LGBT MALAYSIA




Hi guys…

Recently, di Malaysia hangat memperkatakan tentang LGBT. What is LGBT? LGBT, or GLBT, is an initialism that stands for lesbian, gay, bisexual, and transgender. Based on Wikipedia, it use since the 1990s, the term is an adaptation of the initialism LGB, which was used to replace the term gay in reference to the LGBT community beginning in the mid-to-late 1980s. LGBT in Malaysia face legal challenges not experienced by non-LGBT residents. Sodomy is a crime in Malaysia, under a British Empire colonial era law. Malaysia retains its colonial era criminal ban on sodomy (as well as oral sex), broadly defined to include both heterosexual and homosexual acts, with possible punishment including fines, prison sentences of up to twenty years, and even corporal punishment. A subsection of the Criminal Code also provides additional punishment for men convicted of "gross indecency with another male person". In addition to the secular law, Muslim citizens may also be charged in special Islamic courts. A few days ago, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Muhajid Yusof Rawa’s urging for society to avoid discriminating the LGBT community. Datuk Dr Muhajid reportedly said that the public’s refusal to accord equal treatment to the LGBT community have caused them unable to look be independent, causing them to get involved in prostitution. He was speaking after having met with an activist for equal treatment for LGBT.




In my opinion, the affirmation of the rights of the LGBT community must take into account not only their rights as citizens but also help them return to their original identities. I am agreed with Deputy Minister of Human Resources Datuk Mahfuz Omar which he said that the community needed to be helped to return to their original identities with a soft approach and education, while not pushing them to the fringes. People must not look at the matter in a wrong way and do not rebuke, insult or belittle the group as such methods would not resolve the problem, as it must be seen in the context of helping the LGBT community return to their original identity and lead a normal life. I have friends which involve in LGBT. They have their own career and never disturb others. Truth to be told, there are many professionals – doctors, lawyers, lecturers and also ordinary people – who have this tendency. But being educated, they do not engage in homosexual or other aberrant activities. Not all LGBTs engage in homosexual activities or same-sex marriages. They prefer to live a life of their own and in privacy. I do not support their aberrant activities and I also do not agree with people who abuse their rights.  LGBTs should not be looked down upon. They too have the right to live as citizens. In Islam, it says Allah is compassionate (al-Rahman) and merciful (al-Rahim). Allah is also the forgiver and hider of faults (al-Ghafur). So, just have faith in God for he knows best. Let the final judgment be God’s. As human beings with many shortcomings in our judgments, we should not play God and pass spiteful judgments on the LGBT community. These people are an integral part of our society and they should be given the leeway and latitude to prove them useful to all and sundry. Below are some opinions from people in Malaysia regarding this issue. Check it out!

"Mereka juga rakyat Malaysia dan mempunyai hak yang sama dengan mana-mana rakyat negara ini, justeru kita perlu lindungi hak mereka daripada sebarang bentuk diskriminasi sama ada di tempat kerja atapun tempat-tempat lain," - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Dr Md Farid Md Rafik.

“Ramai pula yang share, komen, pasal isu LGBT, siap kecam bagai, siap ada pula pandai pula nak tetapkan hukum halal dan haram. Well, memanglah masing-masing ada pendapat masing-masing, tapi sorry if I may say, some just talk rubbish and some show how pathetic you are. Some are jump into conclusion that this LGBT was like enemy beyond enemy. Come on, you didn't know who are they, you never live or maybe mingle around with them, so, no need to judge people simply as you are God that have created earth and land. They might be much better than what you think, or compared as you.  Tiada yang mustahil dalam pemantauan dan ketetapan Yang Maha Kekasih. Sudah ditunjukkan dulu, pernah terjadi si pelacur layak untuk masuk syurga kerana sedikit kebaikan dan itulah rahsia Hidayah Allah. Jadi, buat baik belum tentu sah kau golongan baik dan buat sebaliknya, belum tentu kau muktamad sebagai si durjana. Jadi, tak perlu nak label or diskriminasi siapa pun, kerana jalan kisah masing-masing belum tamat selagi belum kiamat, bhai....even though, kalau kau mati esok pun dan sudah ada dalam kubur, ko still boleh buat kebaikan, kalau kau tau cara lah...”  - via FB ksnazri

“There should be no compromise with the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) community in the country because they clearly oppose the law of God and human nature. This group is cursed by God and those who support the wrongdoings are equally sinning… why do we want to accept and be with them? There is no issue of compromise to allow the LGBT behavior and actions which are clearly destructive to them, religion and society. We have to oppose them… but wisely, if we have the power to prevent (the minister, the government) it is easier to do it through law enforcement… not endeavor to understand them instead,” - Pahang mufti Abdul Rahman Osman.

“Ramai kalangan ahli masyarakat yang suka pukul rata lelaki yang lembut dan wanita yang keras sebagai pengamal LGBT. Ini berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai kawan, saudara atau ahli keluarga yang tergolong dalam golongan ini. Lantas di fikiran mereka, apabila kelompok transgender/pondan/bapuk meminta hak mereka untuk diterima sebagai individu yang tidak disisihkan dalam masyarakat dalam apa sahaja ruang dan peluang yang diperolehi oleh mereka yang jelas jantina mereka, perkara pertama yang muncul di benak fikiran kelompok masyarakat ini ialah hak untuk mengamalkan seks songsang atau sejenis sebagaimana yang dipohon oleh golongan LGBT di Barat. Lantas ada yang mempertikaikan hak apa lagi yang dimahukan oleh golongan ini. Saya bukan penyokong mereka yang mengamalkan ajaran seks songsang atau seks sejenis atau perbuatan yang bertentangan dengan agama, tetapi saya berasa simpati dengan golongan yang tidak bernasib baik ini kerana bukan semua mereka ini mengamalkan gejala LGBT. Bercakap dan mengutuk mereka sambil menjadikan mereka bahan kecaman dan lawak kasar memang mudah, apatah lagi pengutuk dan pengeca ini tidak mempunyai sekelumit rasa simpati atau cuba memahami isi hati golongan lembut dan keras ini tetapi tidak bergelumang dengan aktiviti LGBT terutama yang mempunyai keluarga yang antaranya ustaz dan ustazah dalam masyarakat. Mungkin untuk membolehkan mereka dapat memahami hati dan perasaan insan sedemikian, Allah mengurniakan dalam keluarga mereka insan yang mereka pandang sebelah mata, atau tidak pandang langsung ini sebagai tanggungjawab mereka seumur hidup. Jika itu yang perlu untuk memahamkan mereka, saya doakan agar Allah mengurniakan ke dalam keluarga mereka insan sebagaimana yang mereka kutuk, keji, lawakkan dan bencikan itu agar mereka memberhentikan provokasi ke atas golongan ini. Ada perbezaan yang jelas antara pengamal aktiviti songsang LGBT dan golongan yang tidak mengamalkan aktiviti tersebut dalam kelompok ini. Justeru, penting untuk tidak melabelkan mereka secara pukul rata dan terus menerus mempertikaikan kewujudan dan hak mereka sebagai insan beragama dalam masyarakat.” - via FB - Prof. Dr. Mohd Effendy.Abd Wahid

"Walaupun gaya hidup yang diamalkan golongan itu tidak dibenarkan di negara ini, mereka masih sebahagian daripada masyarakat dan sebab itu mereka diberi hak sebagai warganegara Malaysia di mana mereka tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja atau dalam isu lain. Tetapi, hak yang mereka mahukan itu tidak boleh dipersetujui di Malaysia memandangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini, secara jelas mengharamkan LGBT dan tidak menghalalkan gaya hidup golongan itu. Tidak perlu kecam dan keluarkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka sebaliknya sebagai masyarakat yang prihatin kita perlu saling menasihati bagi memastikan gaya hidup itu tidak terus berleluasa di negara ini," - Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.

“Dalam konteks kemasyarakatan, penting bagi golongan LGBTQ untuk tidak terlalu berkeras menyuarakan tuntutan mereka. Golongan berkenaan perlu memahami bahawa, pada pandangan majoriti masyarakat amalan hidup mereka itu bertentangan dengan agama, kepercayaan serta budaya di negara ini. Apa yang penting, tegas beliau, ialah untuk menjaga keharmonian kehidupan bermasyarakat untuk kepentingan semua pihak. Kedua-dua belah pihak perlu mengetahui dan memahami sudut pandang masing-masing. Jika ini dapat dilakukan, saya pasti isu ini dapat ditangani dengan baik dan keharmonian hidup semua rakyat Malaysia dapat dipelihara.”  -Pakar Perunding Psikiatri dan Psikoterapi, Professor Madya Dr. Xavier Vincent Pereira.







Wednesday, 23 May 2018

REACT : TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Petikan di bawah adalah dari FB :

Very interesting …..jom baca…



“He changed to win and reads the malays & rakyat physic very well. But most of all he can brings Msia to the next level”

Is Mahathir A Changed Man?

Many said he is. But I don’t think so. His ways and approaches may now be different, but he is still the same man as we know and love. A thinker. A great strategist. He reads the ground well and adjusts accordingly. That’s why he won 5 consecutive Malaysian Polls over 25 years of political rule. And now the 6th.

During the 1983-2003 Tun Dr. Mahathir tenureship, Malaysia transformed itself from agriculture based nation to that of a manufacturing one. We became one of the ‘Asian Tigers’.
He raised the living standards and injected a huge dose of ‘Malaysia Boleh’ (‘Malaysia Able’) branding. He was an outspoken critic of Western Dominance. He put Malaysia on the World Map. We had a sense of National Identity, with pride and confidence.

This ‘Transformation’ can only be done by Autocratic Leaders. You see that in Lee Kuan Yew and Sukarno. It is not easy to change the attitude, perception and mentality of a Nation. Only strong leaders can do this. Malaysia wants to be led by leaders with vision and conviction.

But Autocratic Leadership does not work forever, as one transforms a Nation it reaches a height where there is economic contentment - when the stomachs is full the minds wonder and crave for freedom of expression. This is a typical syndrome for most Nation moving from a developing status to that of an developed one. With higer education, comes demands for more freedom.

Tun Dr. Mahathir recognises that the Malaysia now has different needs and demands. So he ‘adepts and adopts’. That’s the mark of a great leader, the ability to read the Nation’s mood, needs and wants; and do the necessary adjustments.

Leaders can be dictatorial yet inspire and motivate if they listen and communicate effectively... and honestly. And that’s is what Tun Dr Mahathir is doing now.... communicating with us honestly.

And that to me, is a mark of a World-Class Statesman

# author unknown.

Monday, 16 April 2018

REACT: MALAYSIANS ROASTED MASTER CHEF'S CHICKEN RENDANG ‘CRISPY’

Chicken rendang ‘CRISPY’


Nasi lemak Zaleha's controversy 



Hello Guys,

It’s been awhile ..yes I know…I didn’t update anything..so lazy..huhuhu..Ok. Now I want to talk about Chicken rendang ‘CRISPY’ by UK MasterChef..WOW!!!!! Gregg Wallace and John Torode sparked a storm by criticising Malaysian-born contestant Zaleha Kadir Olpin’s dish because the “chicken skin isn’t crispy, it can’t be eaten”. Indonesians and Malaysians have criticised MasterChef UK’s decision to eliminate a contestant because her chicken rendang was not crispy.

Crispy chicken rendang? Did the judges think that this was fish and chips? Calling themselves 'celebrity chefs' when they only know about food from their own culture. Such limited knowledge of cuisine from around the world. Shame on them really. They clearly weren't familiar with food from other parts of the world because if they were, they would have had the knowledge to know what real RENDANG is…kannn..

Foodies in Malaysia, Singapore and Indonesia have taken to social media to vent at the critique of the Malaysian-born cook's traditional and standard method for preparing chicken rendang. and even our prime minister, Najib Razak, waded into the debate, saying: “Who eats ‘crispy’ chicken rendang?” ..hahhahah..so funny !! The British high commissioner to Malaysia, Vicki Treadell – who was born in the country – also tweeted at the judges. “Rendang is an iconic Malaysian national dish … It is never crispy & should also not be confused with the fried chicken sometimes served with nasi lemak,” she wrote. ..Hurmmm….macam-macam…DON’T MESS WITH RENDANG OK…Later if I cook rendang I will post the recipe…bubye GUYS…


Wednesday, 7 March 2018

REACT : LAUK KENDURI


"Jika betul2 ingin berkongsi makanan... hantarlah pada ketika lauk pauk masih panas dan menyelerakan tapi bukan kerana lebihan makanan yg sayang hendak dibuang".
Assalamualaikum guys,

Recently, i terbaca satu post KAT fb nie berkenaan lauk kenduri. Ini berkenaan tentang lauk yang tidak abis selepas kenduri dan untuk elak pembaziran , tuan rumah sedekah kepada adik-adik tahfiz. Hurmmm....siapa yang pernah buat kenduri mesti tau yang lauk pauk kenduri nie sebenarnya tidak tahan lama. Inikan pula dah pukul 7.00 pm baru nak sedekah..For my opinion kan, i dari dulu tak suka bagi sisa benda i makan yang tak abis dekat orang. Before i makan akan tanya dulu atau pelawa org dulu. So kalau tak abis , just masuk tong sampah la... Yes, memang kita tak nak membazir... membazir amalan syaitan..betul tu..tapi sanggup ke ko nak makan lauk yg dah basi dan akan memudaratkan kesihatan??..itu kau yg SYAITAN!....okey, sama la jugak kalau yang berniaga kuih-muih dan jugak nasik lemak, pagi ko antaq pi jual, time tengah hari ko pi collect bekas tengok yang mana tak abis ko bagi kat jiran-jiran. Tapi tengok tak condition makanan tak abis tu? So, benda nie org selalu abaikan, yang depa tau just tak mau membazir...HUH!...

Okeylah nie i ada copy apa yang i baca dekat FB tu. Credited to: Kasih Till Jannah

#BACA ni amik #IKTIBAR

#KENDURI OH KENDURI..HAKIKAT apa yg #DIRAIKAN?

#Luahan dr seorang MUDIR TAHFIZ

Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu #membazir..tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau #masam dan #busuk dr lauk2 #basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah "tuan rumah kenduri" semalam iaitu #buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap2 minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.

Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni. Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn

-Mudir TAHFIZ (X PERLULA DISEBUT YE)☺

Monday, 6 May 2013

REACT: MALAYSIAN PRIME MINISTER TUN DR MAHATHIR MOHAMAD







TERSENTUH KETIKA MEMBACA ARTICLE DI BAWAH......
 MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN
TUN MAHATHIR.
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel dr Utusan