Sunday 5 January 2020

REVIEW: MIE SEDAAP KOREAN SPICY CHICKEN


Anyyeong! Eh, speaking Korea pulak. Bukan apa , topic review kali nie adalah mengenai Mie Sedaap Korean Spicy Chicken. Oleh kerana trend makanan Korea nie tak abis-abis lagi, maka berlumba-lumba lah company makanan segera mengeluarkan product makanan Korea. Orang Asia ni memang suka makan pedas. Tak lengkap agaknya hidup kalau tak makan pedas sehari. Sebab tulah kat pasaran sekarang ni memang berlambak-lambak produk mi segera berperisa pedas. Kalau boleh, semua nak pedas. Perisa ayam pedas lah, cheese pedas lah, tomyam pedas lah. Yang penting ada elemen pedas.

Product review hari ini adalah: Mie Sedaap Korean Spicy Chicken



Honestly, tidak ada apa yang menarik tentang Mie Sedaap Korean Spicy Chicken. Perasa still seakan-akan Mie Sedap biasa. Rasa Korea? Memang tak ada. Sapa yang pernah makan Samyang pasti tahu perbezaan. Ada empat bumbu yang didalamnya, iaitu bumbu serbuk, bumbu minyak, bawang goreng, dan bubuk cili yang dibagi ke dalam dua bahagian. Agak pelik makan dengan bawang goreng. Selalunya Korean food kena makan dengan seaweed. Pedas? Nope! Level 1/5 sahaja.



Overall rating: 2/5






RESEPI 73 : TERUNG GORENG BELACAN


Siapa dekat sini suka terung? For me, I suka terung goreng belacan dan berlado. Other than that, just tak menambah la nasi. This is also one of simple recipe. All the ingredients mostly ada di dapur. Let’s check it out the recipe!




BAHAN-BAHAN

3 batang terung- belah dua dan potong 3
½ inch belacan
5 ulas bawang putih
½ cwn ikan bilis
6 cili merah
½ sdb gula
½ sdk garam
3 sdb kicap manis

CARA-CARA

Salutkan terung yang dipotong dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak. Letakkan di tepi dulu.
Tumbuk kasar belacan, bawang putih,ikan bilis dan cili merah.
Tumis bahan yg ditumbuk tadi dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
Masukkan terung yang digoreng dan gaul sampai sebati.
Masukkan kicap manis dan perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.

Hidangkan bersama nasi putih hangat bersama lauk kegemaran anda semua.



RESEPI 72: TAUGE GORENG KICAP SIMPLE


Hello guys! Topic and recipe kita hari ini adalah TAUGE.


Tauge adalah salah satu sayur kegemaran I dan hubby. Tauge adalah sayur yang paling simple dan senang untuk dimasak. Sedap dimakan apabila disediakan di dalam masakan antaranya sayur kicap dan juga dimasak Bersama mee. Bila sebut pasal tauge ni mesti ada yang tak suka dengan sayur ni, terutamanya golongan kanak-kanak. Even org dewasa pun ada yang kurang minat dengan tauge.

Actually, tauge ni banyak khasiat.

Tauge mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Paling penting, tauge sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, B, C, K dan E serta mineral seperti zat besi. Vitamin dan zat mineral ini vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan kita terutamanya dalam menyokong sistem pertahanan badan.

So now, jom check it out my simple recipe!

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kecil tauge
1 mangkuk kecil hirisan kobis
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ketul tauhu
3 sdb Kicap Manis
½ kiub pati ayam




CARA-CARA:
Cuci kobis dan tauge buangkan salutan hitamnya & toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas masukkan bawang merah & bawang putih, gorengkan sebentar sahingga layu dan naik bau.
Masukkan tauhu gorengkan sebentar kemudian masukkan kiub ayam , sedikit air dan kacau sebatikan.
Masukkan pula tauge dan kobis kacaukan supaya bahan-bahan tadi sebati .Gorengkan sebentar je supaya taugeh crispy & tidak terlalu layu.
Akhir sekali masukkan kicap, gaulkan sayuran supaya sebati & perasakan sesuai dengan citarasa kita.
Matikan api dan siap untuk dihidangkan.