Wednesday, 28 November 2018

RESEPI 45: IKAN GERUT MASAK PEDAS “HARIMAU MENANGIS”


Ikan gerut harimau menangis
BAHAN-BAHAN
3 Ekor Ikan Gerut – goreng kunyit garing

Common Name: Saddle Grunter, Saddle Grunt
Scientific Name: Pomadasys maculatus  

6 helai daun limau purut
2 biji bawang besar merah – potong besar
6 ulas bawang putih – hiris kasar
2 Batang serai – 1 batang hiris kasar
1 inch halia – hiris kasar
3 btg cili merah besar
12 btg cili Thailand (hijau dan merah)
2 sdb Sos cili
2 sdb Sos tiram
2 sdb gula
½ sdk garam
1 sdk serbuk lada hitam
3 sdb cili kisar (cili kering yg dikisar bersama bawang merah)
 
Antara bahan yang digunakan
CARA-CARA
Tumis cili kisar dan serai hingga pecah minyak
Masukkan bawang besar, bawang putih, cili Thailand dan halia. Masak dalam 3 mins.
Kemudian masukkan sos cili, serbuk lada hitam dan sos tiram. Gaul bagi sebati. Perasakan dengan gula dan garam ikut tahap citarasa masing- masing. Sebab ada yang suka masin dan ada juga suka manis sedikit.
Akhir sekali masuk daun limau purut dan cili merah besar. Gaul sebati.
Boleh disediakan di atas ikan gerut tadi.

Simple Resepi

Resepi nie adalah lebih kurang macam ikan siakap harimau menangis yang dulu I pernah post. Boleh click below link ok:


Tapi ada sedikit penambahbaikan. I rasa letak serbuk black pepper lagi power rasanya. Ikan gerut pula kita goreng garing-garing baru sedap. Kuah kalau you all suka banyak, tambah air sikit sebelum letak perasa ok. Ini adalah favourite dish bila keluar makan di kedai Pattani. Ini tak sama ok dengan yang daging harimau menangis “Danok”. 

Ini dinamakan Harimau Menangis  sebab tahap kepedasan yang mampu menyebabkan harimau yang gagah lagi berkuasa menangis. Tapi jangan sedih tau. Masakan ini sangat sedap bagi tekak orang yang makan pedas. Lagi banyak bawang putih dan cili api, lagi sedap. Actually, boleh juga tambah 1 sdk sos ikan, tapi memandangkan kat rumah tiada, kita ganti garam. Masak lebih mudah jika anda pandai adjust rasa. Okeylah , itu sahaja celoteh masakan pada hari ini. Jumpa lagi next blog….Bubye!!


1 comment:

Anonymous said...

Looks fresh and sounds delicious.

We've recently launched the site roferro.com; Roferro Crunchy Cornflakes is a healthy balanced breakfast with lot of nutrition benefits.

We noticed that you have lots of delicious recipes on your blog and would like to suggest you have a look at our site: https://roferro.com/

If you have any questions, don’t hesitate to contact us on digital@roferro.com . Hopefully your food blog will be up there in the top!

Warm regards,
Jyoshna