Wednesday 18 March 2020

RESEPI 74 : IKAN BILIS GORENG BAWANG


Hi guys!

Lama dah tak update blog. Tup-tup dah masuk bulan 3. Actually hari ini , 18 March 2020 (Wednesday) have to work from home due to Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) oleh kerajaan. Perintah ini berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020 yang disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Keputusan kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18-31 Mac merupakan langkah tepat untuk mencegah penularan baharu wabak COVID-19 di negara ini. Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini:
  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
  4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).



Plus kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.

For me, lebih baik duduk di rumah seperti yang disarankan oleh kerajaan. Perlu diingatkan bahawa sebarang bentuk pelanggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada (18 Mac 2020) sehingga 31 Mac 2020, boleh menjadi kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan kerja-kerja jawatannya, Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam, Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Seksyen 271 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari aturan kuarantin.

So better stay safe at home guys!

Kalau rasa tak tau nak masak apa, let’s check it out my simple recipe below.

BAHAN BAHAN:
1 Mangkuk kecil  ikan bilis (Goreng Garing)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
2 sdb kicap manis
½ sdk gula
 
Ikan Bilis Goreng Bawang

CARA CARA:.
Goreng bawang putih, cili padi dan bawang besar hingga sedikit layu.
Masukkan kicap dan gaul rata.
Masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gula. Tutup api dan gaul hingga rata.
Sedia untuk dimakan Bersama nasik panas.

No comments: