Tuesday, 9 November 2021

RESEPI 90: IKAN SIAKAP 3 RASA TANPA VIRAL

Hi All,

How are you? Hope semua sihat and have an amazing day. Recently, viral ya pasal ikan siakap Langkawi. hahaha. Semua pakat teruja pasal ikan siakap di restaurant terapung tu. Whatever pun, jangan kecam-kecam to both parties. Just make it as ikhtibar untuk kita sebagai pembeli dan peniaga. Jangan malu bertanya dan berilah info yang terang lagi bersuluh. Okay, sempena ikan siakap tgh viral tu, iols nak share resepi Ikan Siakap 3 Rasa. Let’s check it out!




IKAN SIAKAP 3 RASA TANPA VIRAL

BAHAN-BAHAN

1 Ekor Ikan Siakap – goreng dengan Tepung Bestari hingga garing

1 biji bawang Holland – potong dadu

6 ulas bawang putih – hiris halus

2 Batang serai – 1 batang hiris kasar

½ inch halia – hiris kasar

10 btg cili Thailand (hijau dan merah)

2 sdb Sos cili

1 sdb Sos Tomato

2 sdb Sos tiram

2 ½  sdb gula

½ sdk garam

3 sdb cili kisar (cili kering yg dikisar bersama bawang merah)

2-3 Keping Daun Limau 

 

CARA-CARA

Tumis cili kisar dan serai hingga pecah minyak

Masukkan bawang Holland, bawang putih, cili Thailand dan halia. Masak dalam 3 mins.

Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, hirisan daun limau dan sos tiram. Kalau ada nanas lagi sedap. Gaul bagi sebati. Perasakan dengan gula dan garam ikut tahap citarasa masing- masing.

Boleh disediakan di atas ikan siakap tadi.

Done.

 


 

Sunday, 22 August 2021

RESEPI 89: IKAN TENGGIRI MASAK SAMBAL BERLADO KEMANGI

Hello there! How are you? Hope you all have a wonderful Sunday. Now dah boleh dine-in for Phase 1. Tapi hopefully everyone take care, jaga social distancing and pakai mask. Always sanitize your hand. As for me, I just cook at home. I still don’t dare to eat outside yet due to my health condition. Must be more extra careful and need to stay safe at home. So, today, I was craving something spicy and I’m so lazy. Paling senang nak masak is sambal berlado. So here we go the recipe:

 


BAHAN-BAHAN:

4 Keping Ikan Tenggiri – Goreng kunyit hingga garing

Daun Kemangi/ Basil

1 Asam Keping

1 Batang Serai

2 sdk gula

½ sdk Maggi Cukup Rasa

Garam- ikut citarasa

 

BAHAN-BAHAN KISAR KASAR :

1 Biji Bawang Besar

5 Ulas Bawang Putih

1 Batang Cili Merah

15 Btg Cili Padi Merah

 

CARA-CARA:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan batang serai hingga garing. Masukkan air dalam 2 cawan.

Tunggu air tadi kering dan sambal pecah minyak. Masukkan asam keeping dan perasakan dengan gula, garam dan Maggi secukup rasa. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng dan daun kemangi.

Gaul dengan sambal tadi hingga sebati. Tunggu dalam 2-3 minit . Then siap . Boleh dihidangkan dengan nasi panas.

 

DONE!!