Tuesday, 9 November 2021

RESEPI 90: IKAN SIAKAP 3 RASA TANPA VIRAL

Hi All,

How are you? Hope semua sihat and have an amazing day. Recently, viral ya pasal ikan siakap Langkawi. hahaha. Semua pakat teruja pasal ikan siakap di restaurant terapung tu. Whatever pun, jangan kecam-kecam to both parties. Just make it as ikhtibar untuk kita sebagai pembeli dan peniaga. Jangan malu bertanya dan berilah info yang terang lagi bersuluh. Okay, sempena ikan siakap tgh viral tu, iols nak share resepi Ikan Siakap 3 Rasa. Let’s check it out!




IKAN SIAKAP 3 RASA TANPA VIRAL

BAHAN-BAHAN

1 Ekor Ikan Siakap – goreng dengan Tepung Bestari hingga garing

1 biji bawang Holland – potong dadu

6 ulas bawang putih – hiris halus

2 Batang serai – 1 batang hiris kasar

½ inch halia – hiris kasar

10 btg cili Thailand (hijau dan merah)

2 sdb Sos cili

1 sdb Sos Tomato

2 sdb Sos tiram

2 ½  sdb gula

½ sdk garam

3 sdb cili kisar (cili kering yg dikisar bersama bawang merah)

2-3 Keping Daun Limau 

 

CARA-CARA

Tumis cili kisar dan serai hingga pecah minyak

Masukkan bawang Holland, bawang putih, cili Thailand dan halia. Masak dalam 3 mins.

Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, hirisan daun limau dan sos tiram. Kalau ada nanas lagi sedap. Gaul bagi sebati. Perasakan dengan gula dan garam ikut tahap citarasa masing- masing.

Boleh disediakan di atas ikan siakap tadi.

Done.

 


 

No comments: