Wednesday 20 September 2017

RESEPI 5 : AYAM MASAK PEDAS MELETUP



RESEPI 5 : AYAM MASAK PEDAS MELETUP

BAHAN-BAHAN
Ayam yg dipotong kecil (anggaran sebelah ayam)
Tepung bestari pedas
Telur 2 biji
Bawang putih 10 ulas
Cili padi 15 biji
Sos cili
3 sudu cili kering kisar
Gula dan garam

CARA-CARA
Pecahkan Telur Ayam Dan Kacau.
Ayam Yang Telah Dipotong Digolekkan Dalam Telur Tersebut
Kemudian Golekkan Dlm Tepung Bestari Dan Goreng Sehingga Kuning Keemasan.
Untuk Sos Pula, Potong Bawang Putih Secara Dadu Dan Tumis Sehingga Wangi.
Masukkan Cili Kisar Tadi Sehingga Pecah Minyak.
Kemudian Masukkan Cili Padi Yang Telah Dipotong Halus.
Masukkan Sos Cili, Gula Dan Garam Secukup Rasa. Jangan Campur Air Utk Mengelakkan Ayam Lembik.
Kemudian Masuk Ayam Yg Digoreng Tadi Dan Gaul Hingga Rata.


ITU SAHAJA RESEPI SIMPLE ….SELAMAT MENCUBA!!!


No comments: