Monday, 20 April 2020

RESEPI 79: GULAI @ KARI KETAM | CRAB CURRY


Hi guys! How are you? I hope you guys have a wonderful day.

Hari ini, kita masak ketam pula. Actually, dah habis ketandusan idea untuk masak. Nasib baik mr. hubby bagi idea dan carikan bahan-bahan untuk masak. Kami berdua sahaja, tapi kadang-kadang masak macam untuk 3-5 orang. So far, semua yang dimasak habis dimakan walaupun sampai lewat malam.



Okay, jom tengok resepi gulai ketam dari utara Kedah.

BAHAN-BAHAN
5 Ekor Ketam Saiz Sederhana  - Dibersihkan Dan Potong 2
1 Kotak Kecil Santan Kara
1 Biji Bawang Besar- Dihiris
3 Ulas Bawang Putih - Dihiris
1 Inch Halia-  Dihiris
1 Packet Serbuk Kari Adabi Ketam, Udang
1 Sdb Cili Kisar
1 Mangkuk Kecil Air Asam Jawa
Daun Kari
1 Sdk Maggi Cukup Rasa
1 Sdk Gula
½ Sdk Garam

CARA-CARA
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
Kemudian masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan juga masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Lepas tu masukkan ketam, air asam jawa dan sedikit air. Tunggu mendidih dalam 5-10 minit.
Kemudian masukkan santan dan kacau untuk elak santan jadi berketul2 dan tunggu sampai mendidih. Agak-agak ketam tu dah nak masak, perasakan dengan garam, gula dan Maggi cukup rasa. Ikut lidah masing-masing ya .
Kacau dan tambahkan air sekiranya terlalu pekat. Masak dalam 5 -10 minit lagi dan siap!

Senang jer masak gulai nie sebab tak banyak bahan . Tapi kalau uols nak tambah pineapple, silakan. My hubby tak minat letak buah-buahan dalam masakan, so iols tak letak.



Selamat Mencuba!

2 comments:

Suria Amanda said...

teringinnya nak makan ketam..dari day 1 PKP x dapat2 lagi..sedih kakak...hahaha....

itsmesalrini said...

Saya husband yang pergi belikan sebab dah tak tau nk masak apa. Depan masuk taman rumah ada kedai Acheh, senang la sikit nak beli barang basah tapi harga harap maklum la mahal.hehehehe