Hi guys…SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI semua…
Today
I nak share my favorite dish untuk hari raya yang harus ada masa hari raya
pertama iaitu ‘Rendang’. This is simple dish with very easy to find
ingredients. Let’s check it out below.
BAHAN-BAHAN
½ ekor
ayam
6
helai daun limau purut
2
helai daun kunyit
1
kotak santan Kara
1 packet
kecil kerisik
4
batang serai
3
biji bawang besar
6
ulas bawang putih
½ inch
halia
½ inch
kunyit hidup
½ inch
belacan
15
batang cili padi
1 sdb
cili kisar
SAL'S RENDANG |
CARA-CARA
Kisar
halus bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi, belacan dan 2
btg serai yang telah dihiris halus.
Panaskan
minyak dan masukkan 2 btg serai yg telah dicarik. Goreng sebentar dalam 2-3
minit .
Masukkan
pula bahan kisar bersama cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian
masukkan air dalam 3 cawan dan tunggu sehingga paste agak kering.
Kemudian
masuk pula ayam dan gaul hingga semua paste bersalut dengan ayam.
Masuk
1 cawan air dan 1 kotak santan. Gaul rata dan tunggu hingga ayam masak dan
sedikit kering.
Kemudian
masukkan daun limau purut yang telah dipotong halus dan juga kerisik.
Gaulkan
sehingga kerisik sebati dan tambah 1 cawan air lagi.
Tunggu
sehingga kuah pecah minyak dan ayam masak. Ikut citarasa masing-masing sama ada
nak rending kering atau berkuah sedikit.
Once
kuah agak kering masukkan pula daun kunyit yang telah dihiris halus.
Perasakan
dengan garam dan gula. ( I used 2 tbs of sugar and 1 tsp of salt).
Done….