Monday, 17 May 2021

RESEPI 86: IKAN TALANG MASIN MASAK KICAP ASAM

Hello there!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari ini adalah hari ke-5 Hari Raya AidilFitri untuk tahun 2021. Still dalam MCO 3.0 and raya pun di rumah masing-masing. I dah start kerja but work from home until next week baru masuk office. So, dah lama tak share resepi kan . Last adalah resepi yang ke -85: RESEPI85: AYAM PERCIK | GRILLED SPICED CHICKEN (boleh click here if nak tengok resepi). Today, I would like to share satu resepi favorite my family masa bulan puasa untuk sahur. Ikan Talang Masin Masak Kicap Asam diberi nama. Kalau mak masak this recipe, memang bertambah-tambah sahur. Let’s check it out the recipe!

 


BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk kecil  ikan talang masin – dipotong dadu

2 biji bawang besar - dihiris halus

5 ulas bawang putih - dihiris halus

10 btg cili kering – dipotong

1-inch halia - dihiris

½ cawan Air asam jawa secukupnya

Gula secukup rasa

Kicap Cap Kipas Udang

Minyak untuk menumis secukupnya

 



CARA-CARA:

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan masin talang sehingga garing. Angkat dan toskan.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu.

Selepas itu masukkan cili kering. Gaul rata.

Masukkan ikan masin talang tadi dan gaul sebati. Masukkan air asam jawa, kicap dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan pekat.

Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

 

No comments: