Tuesday 20 February 2018

RESEPI 17 : SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT


RESEPI 17 : SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

Bahan-Bahan

2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inch halia
½ inch belacan
5 sb cili kisar
1 mangkuk ikan bilis
Terung pipit

Cara-cara

·         Goreng ikan bilis sehingga garing
·         Blend bawang besar, merah, putih, halia dan belacan,
·         Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi, tumis bahan2 kisar tadi hingga naik baud an masukkan cili kisar
·         Tumis sehingga pecah minyak. (Saya masak sambal lama dalam 2 jam: Jika sambal pecah minyak, saya masukkan air sehingga warna sambal menjadi merah kehitaman)
·         Perasakan dengan guladan garam. Jika sudah secukup rasa masukkan terung pipit
·         Biarkan hingga masak dalam 5 minit
·         Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi. Tutup api dan gaul rata.
·         Siap dihidangkan


No comments: