Sempena bulan Ramadhan ni, nak share resepi senang untuk berbuka & sahur…Memang sesuai untuk buka selera bagi yang tak lalu makan. Simple, cepat, tapi tetap sedap & pedas! ๐ Kalau awak peminat seafood pedas, this sambal kerang memang wajib cuba. Rahsianya? Masak sambal dulu lama-lama sebelum masukkan kerang. Hasilnya? Kerang lembut, sambal pekat dan penuh flavour! ๐
๐ฆช Bahan-bahan / Ingredients
- 500g isi kerang beku / frozen cockles
- 1 biji bawang besar, dihiris ๐ง / sliced onion
- 3 ulas bawang putih, dihiris ๐ง / sliced garlic
- 5 sudu besar cili kisar ๐ถ️ / chili paste
- 1 sudu besar gula / sugar
- Garam secukup rasa / salt to taste
- 1/2 sudu kecil asam jawa paste (Adabi)
- Daun limau purut (optional) ๐ / kaffir lime leaves
๐ฅ Cara-cara Masak / Method
- Cairkan isi kerang beku dalam air sejuk 20-30 minit. Tos & bilas bersih.
- Panaskan minyak, tumis bawang besar + bawang putih sampai wangi.
- Masukkan cili kisar, masak sambal lama sampai pecah minyak & pekat. ๐
- Sambal yang masak lama ni full flavour!
- Masukkan gula, 1/2 sudu kecil asam jawa paste, garam + air. Masukkan daun limau purut kalau suka. Biarkan mendidih sebentar.
- Masukkan isi kerang yang telah dicairkan, gaul perlahan supaya semua kerang bersalut sambal.
- Jangan overcook supaya kerang tetap lembut.
- Angkat & serve panas-panas dengan nasi putih. Sedap & pedas! ๐๐ฅ
๐ก Tips Penting / Quick Tips
Sambal mesti dimasak lama dulu sebelum masukkan kerang – rahsia sambal pekat + kerang lembut! ๐ถ️
Perah sedikit jus limau nipis sebelum hidang untuk rasa segar ๐
Untuk aroma extra, boleh tambah udang kering atau ikan bilis ๐ฆ(Diblend)
























