Sunday, 5 January 2020

RESEPI 72: TAUGE GORENG KICAP SIMPLE


Hello guys! Topic and recipe kita hari ini adalah TAUGE.


Tauge adalah salah satu sayur kegemaran I dan hubby. Tauge adalah sayur yang paling simple dan senang untuk dimasak. Sedap dimakan apabila disediakan di dalam masakan antaranya sayur kicap dan juga dimasak Bersama mee. Bila sebut pasal tauge ni mesti ada yang tak suka dengan sayur ni, terutamanya golongan kanak-kanak. Even org dewasa pun ada yang kurang minat dengan tauge.

Actually, tauge ni banyak khasiat.

Tauge mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Paling penting, tauge sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, B, C, K dan E serta mineral seperti zat besi. Vitamin dan zat mineral ini vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan kita terutamanya dalam menyokong sistem pertahanan badan.

So now, jom check it out my simple recipe!

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kecil tauge
1 mangkuk kecil hirisan kobis
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ketul tauhu
3 sdb Kicap Manis
½ kiub pati ayam




CARA-CARA:
Cuci kobis dan tauge buangkan salutan hitamnya & toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas masukkan bawang merah & bawang putih, gorengkan sebentar sahingga layu dan naik bau.
Masukkan tauhu gorengkan sebentar kemudian masukkan kiub ayam , sedikit air dan kacau sebatikan.
Masukkan pula tauge dan kobis kacaukan supaya bahan-bahan tadi sebati .Gorengkan sebentar je supaya taugeh crispy & tidak terlalu layu.
Akhir sekali masukkan kicap, gaulkan sayuran supaya sebati & perasakan sesuai dengan citarasa kita.
Matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Sunday, 22 December 2019

RESEPI 71: NASI GORENG SIMPLE


Hello guys! How are you? Hope you guys have an amazing day. 

As for me, hari ini adalah hari yang agak kurang baik sebab no water. Susahnya nak menjalankan tugas sebagai surirumah kalau air tak de ni. This is my first-time air tak de sejak berpindah ke Selangor. Runsing la dengan baju belum basuh.

Pihak pengurusan Syarikat Air Selangor diharap dapat memperbaiki mutu perkhidmatan anda ya. Just now check status terkini adalah seperti dibawah:

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi yang dihentitugas  ekoran pencemaran bau di sumber air mentah masih belum beroperasi semula ekoran bacaan pencemaran bau masih berada di paras 1 ton. Air Selangor masih memantau kualiti air mentah dan mendapati belum mencapai piawaian untuk membenarkan ia masuk ke muka sauk. Seperti yang kita sedia maklum, pencemaran bau tidak boleh dirawat di loji dan dikhuatiri akan menyebabkan bau ini sampai ke premis pengguna seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi masih belum boleh dioperasikan sehingga bacaan mencapai paras 0 Ton iaitu tiada langsung kesan pencemaran bau.

Aduhai…..nasib baik esok cuti and air paip bawah boleh guna lagi. So bolehlah masak yang simple dan tak banyak guna bahan . Today I nak share resepi nasi goreng paling simple sempena no water. Let’s check it out!

BAHAN BAHAN:
1 mangkuk Nasi putih
1 biji telur – goreng mata kerbau
Segenggam ikan bilis - digoreng
2 sdb sos tiram
5 sdb kicap manis

Bahan blender:
2 biji bawang merah
Segenggam ikan bilis
6 btg cili merah Thai
 
NASI GORENG SIMPLE

CARA CARA:
Panaskan minyak dan tumis bahan blender sehingga wangi,
Masukkan pula kicap manis dan sos tiram. Kacau hingga sebati dan garing.
Tuang kan nasi putih. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan Bersama telur goreng.

Another fried rice recipe, please click below link:
RESEPI 37: NASI GORENG CILI API