Thursday, 15 November 2018

TRIP HATYAI ON OCTOBER 2018 :PART 2


HATYAI DAY 1:28/10/2018 SUNDAY

Hello guys...how are you? Hope you guys have an amazing day. As promised on previous entry, I will write about my amazing fabulous experience at Hatyai. So, let’s check it out the itinerary and the budget on the first day.

Trip: 3 Days 2 Nights
Pax: 4
Accommodation: Grand Plaza Hotel Hatyai

Alor Setar →→ Padang Besar
Padang Besar →→ Hatyai Junction
Hatyai Junction →→ Salma Restaurant
Salma Restaurant →→ Hotel Grand Plaza
Hotel Grand Plaza →→ Samila Beach
Samila Beach →→ Floating Market
Floating Market→→ Asean Night Bazaar
Asean Night Bazaar →→ Lee Garden Plaza

Train – RM13/PAX
Tuktuk: RM47/ PAX
Hotel: RM135
Foods:
Salma Restaurant - RM24/PAX
Floating Market- RM20/PAX
Dinner- RM20/PAX
Others:
Casing/ T-shirt - RM60
TOTAL: RM319

Since beberapa orang request itinerary untuk trip ni bila tengok I post gambar dekat Instagram and FB, so I share dalam blog je la na. As references to others and kenangan untuk I sendiri, disamping nak menaikkan trafik blog I yang hangat-hangat taik ayam nie. Keekeke.

Let me introduce you all to my friends. We have ;
DIDIE ( Instagram: shafie_withlove )
Muhammad Naim Rosli (Instagram:  midnight1412 )
Datin Zura  (Instagram:zara_zura85 )




Members of the trip from left Sally, Datin Zura, Didie & Naim

They were the best travel companion ever!!

So, let’s begin our journey.

We took KTM Komuter dari Alor Setar ke Padang Besar pagi Ahad, pukul 7.33am. Ambik train pagi sebab train nak ke Padang Besar pun memang pagi, iaitu pukul 9.55am (waktu Malaysia -- Thailand lewat sejam dari Malaysia). Some more, DIDIE and NAIM dari Melaka and their bus pun sampai awal pagi. I and Zura tunggu di KTM Alor Setar.

Kaunter tiket ke Hatyai buka pukul 9 am, dan menurut pengalaman-pengalaman orang yang dah pernah pergi, orang akan ramai sangat beratur untuk beli tiket. So, memang kena awal lah. Sampai saja Padang Besar terus kami beratur untuk beli tiket Hatyai. Masya Allah ramai sungguh orang. Memang panjang q nak settle immigration Malaysia and Thailand lagi. Done cop passport for both immigration, tunggu pulak train. Kami naik train about 10.30 am. Fuhhhhh!! First time naik train dengan procedure waiting time yang panjang!!!. Nasib baik dapat ke Hatyai dengan kereta api klasik ‘ open air’. Hilang rasa amarah menunggu. Perjalanan ke Hatyai dengan train, Alhamdulillah aman damai angin sepoi-sepoi Bahasa di selang selikan habuk luar desa. Sapa cakap naik train ‘open air’ nie panas????? Sejuk angin ok.


Ticket train ke Hatyai
Makcik ni sentiasa ada di Padang besar train station bagi memudahkan you all yang nak tukaq duit boleh berjumpa dengan makcik ni.

Dalam classic train


Sampai dekat Hatyai Junction (train station) dalam pukul 11.15 am terus kami terpinga-pinga cari jalan keluar. Al-maklumlah, first time naik train ke Hatyai. Kami jumpa station tuktuk dekat tepi Hatyai Junction. Berlumba-lumba driver tuktuk cari pelanggan. Kami dapat hired driver tuktuk for 1 day trip. Nie habis bargain harga tapi I rasa still mahal. My bargain skills failed!!

Pencarian jalan keluar di Hatyai Junction
Nampak tak skills bargain harga tuktuk kat situ…

Then, time to eat. We went straight to Salma Restaurant because we were very hungry on that time. We ordered Nasi Ayam Goreng with somtam and drinks. . Ehh..i lupa nak review makan dekat Salma Restaurant. The foods rating I boleh bagi 3/5 dan agak mahal untuk dishes macam tu.


First meal at Salma Restaurant Hatyai

Done makan and driver tuktuk bawa ke Grand Plaza Hotel Hatyai untuk check in.  Masuk bilik, rehat and selesai apa yang patut. I pilih Grand Plaza Hotel Hatyai sebab location yang strategic and sebelah Lee Gardens Plaza. Tempat makanan halal pun banyak kat situ. Shopping Centre. Tapi yang tak syoknya hotel ni adalah tak provide iron and hair dryer ok. For me, I don’t have any problems because all my clothes are not iron material. But for those yang ada baju , tudung dan rambut untuk dikeringkan dan di iron. I don’t think this hotel is for you.  Rating: 3/5.

Grand Plaza Hotel Hatyai without iron & hair dryer. Hehehehe

Settle urusan di bilik, driver tuktuk pick up kami ke Samila Beach at 1.30 pm (Thailand time). Samila Beach sesuai untuk beriadah biasa-biasa. Mandi pantai, naik kuda, jalan-jalan and take photo. Samila Beach ni ada dua lagenda iaitu  perempuan duyung and  kisah tiga ekor binatang iaitu kucing, tikus dengan anjing. You all boleh google story di sebalik lagenda ini. Kat Samila Beach you all boleh ambil gambar dengan 2 patung ini.


Patung Mermaid at Samila Beach dari jauh. Malas nak bergambar dengan Mermaid tu.


Ice cream kelapa untuk hilangkan rasa panas di tekak


Disamping datang ke Samila Beach untuk mengisi itinerary, kami juga mencari aiskrim kelapa. Banyak yang cakap sedap dekat Samila Beach ni. Kalau nak cari souvenir pun boleh beli dekat sini dengan harga yang berpatutan. Then, we were heading to photoshoot The Giant Serpent Naga. Location tak berapa jauh dari Samila Beach. Not much interesting here. 10 mins done to take photo with the dragon.
 
This is The Giant Serpent Naga - tak bergambaq jugak sebab dah berapa kali daa mai sini

Next destination is Klong Hae Floating Market. Jarak dari Samila Beach agak jauh. Memang terasa lama naik tuktuk. Laju plak driver ni bawak. Make sure you all beli insurans tau kalau nak travel. Kalau boleh, naik GRAB la. Trauma naik tuktuk laju ni. Maybe first and last experience kut dengan tuktuk nie. No more tuktuk!! Kami sampai dalam pukul 4.30 pm rasanya. Jalan-jalan beli beberapa jenis street food dan air. Orang memang ramai, penuh meja kat bawah. Anjing pun banyak juga berjalan ke sana ke mari. Kita kena la pandai-pandai elak. Kami makan dekat atas floating markets tu. Ada satu gerai dalam tu, jual mee, keow teow soup. Wow, memang power mee dia. Sedap nak mampus …Kat sini I beli baju untuk my hubby. Harga pun not bad THB 299 sehelai. Habis meronda, driver tuktuk bawa kami ke Asean Night Bazaar. Tapi tak ingat la time jam berapa sampai kat situ. Yang pasti dah gelap sikit and hujan renyai-renyai.

Wajah-wajah kegirangan bila sampai di medan Klong Hae Floating Market

 
Klong Hae Floating Market

ehhhh DIDIE??



My favourite dish of the day :
OTAK-OTAK. Sedap nak mampusssss

Yang ni 2nd meal Sedap nak mampus
MEE TAK TAU NAMA

Asean Night Bazaar banyak kedai yang menarik dengan harga pun agak mahal kalau tak bargain. I beli casing HP and protection film dengan harga THB 270. Dekat sini tak jalan pun dekat atas tempat makanan sebab dah macam penat ja. Kami singgah dekat 7E, beli tea ice yang sedap pekat tu untuk menghilangkan dahaga sementra on the way balik ke hotel.
Asean Night Bazaar 

Dari Asean Night Bazaar  kami pun balik ke hotel. Bayar driver tuktuk untuk 1 day trip THB 1400. Rasa mahal ja. Kami tak naik bilik lagi. Terus cari Street Foods dekat depan hotel. Hotel nie sebelah Lee Gardens Plaza, so banyak street foods kat sini. Kami beli tomyam, somtam, satay, ayam goreng, pulut manga and nasi kosong 2 bungkus. Semua ni untuk 4 orang makan Yang nie amat berbaloi- baloi. Sebelum naik ke bilik , singgah sebentar di 7E. 7E banyak merata tempat, dan barang-barang dalam tu banyak yang menarik daripada 7E kita. Skincare berlambak dan semua packaging kecik-kecik yang berguna untuk travel, makanan segera yang beli terus masuk oven tu pun banyak -- burger, sandwich, etc. Dan macam-macam lagi. FIY, Hotel ni kena charged untuk air mineral tau. Mahal ok. Beli air mineral dan tea ais lagi. Total untuk dinner adalah RM 20 per pax.

Kami tak try pun udang galah kat sini sebab nampak macam digoreng berkali-kali setiap hari kalau tak habis jual

Satay besaq gedabaq

Done membeli-belah di 7E , dengan jayanya kami naik ke bilik. Makan dan rehat kemudian tidoq. Selesailah perjalanan kami untuk hari pertama di Hatyai.

Bawah nie story untuk second day. Please click below link ok.



Bubye!!

No comments: