Tuesday, 20 February 2018

RESEPI 17 : SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT


RESEPI 17 : SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

Bahan-Bahan

2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inch halia
½ inch belacan
5 sb cili kisar
1 mangkuk ikan bilis
Terung pipit

Cara-cara

·         Goreng ikan bilis sehingga garing
·         Blend bawang besar, merah, putih, halia dan belacan,
·         Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi, tumis bahan2 kisar tadi hingga naik baud an masukkan cili kisar
·         Tumis sehingga pecah minyak. (Saya masak sambal lama dalam 2 jam: Jika sambal pecah minyak, saya masukkan air sehingga warna sambal menjadi merah kehitaman)
·         Perasakan dengan guladan garam. Jika sudah secukup rasa masukkan terung pipit
·         Biarkan hingga masak dalam 5 minit
·         Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi. Tutup api dan gaul rata.
·         Siap dihidangkan


RESEPI 16 : LALA MASAK PEDAS

Bahan-Bahan
1 kg Lala/ siput retak seribu (Basuh dan rendam dengan air gandum & garam)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inch halia
½ inch belacan
4 biji cili padi
4 sb cili kisar
1 biji telur Gred AA
Daun kelsom & daum limau purut
Gula/ Garam/serbuk black pepper

Cara-cara
·         Rebus lala dlm 5 minit . Angkat dan ketepikan
·         Blend bawang besar, merah, putih, halia, belacan, cili padi
·      Panaskan minyak dan masukkan serai . Goreng dalam 2-3 minit dan masukkan bahan yang di kisar tadi.
·         Kemudian masukkan cili kisar . Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air
·         Perasakan dengan gula, garam dan balck pepper. Jika sudah secukupa rasa masukkan I bji telur dan daun kelsom/ daun limau purut
·         Kemudian masukkan lala tadi dan gaul hingga rata
·         Done




Sunday, 4 February 2018

RESEPI 15 : SAMBAL DAGING SIMPLE





























RESEPI 15 : SAMBAL DAGING SIMPLE

BAHAN-BAHAN
·         Daging
·         3 Sudu Besar Cili Kisar
·         1 Biji Bawang Holland
·         2 Biji Bawang Merah
·         3 Ulas Bawang Putih
·         ½ Inch Halia
·         1 Sudu Sos Cili
·         Gula & Garam

CARA- CARA
·         Blend Bawang Holland, Bawang Merah , Bawang Putih And Halia .
·         Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Yang Di Blend Tadi. Kemudian Masuk Cili Kisar
·         Masak Hingga Pecah Minyak
·         Kemudian Masukkan Daging Dan 2 Cawan Air.
·         Kacau Rata. Bila Kuah Mendidih, Kecilkan Api .Biarkan Daging Mereneh Hingga Kuahnya Pekat Dan Daging Empuk. (Jika Daging Masih Kurang Empuk, Boleh Ditambah Secawan Air Lagi Dan Biarkan Mereneh Dgn Api Yang Perlahan).
·         Apabila Kuah Sudah Pekat , Masukkan Sos Cili. Kemudian Perasakan Dengan Garam N Gula Secukupnya.
·         Tutup Api Dan Hidangkan.