Tuesday, 14 August 2018

RESEPI 32: SAMBAL PETAI IKAN BILIS


Assalamualaikum uols..

Resepi sambal petai ikan bilis nie actually favourite my hubby. Apa sahaja yang ada ikan bilis , he likes it! Everyday ikan bilis pun tak pa…Okey jom check resepi yang paling simple nak masak nie..





Bahan-Bahan
1 mangkuk kecil petai – buang kulit
1 mangkuk kecil ikan bilis – goreng ranggup
1 biji bawang Holland – hiris nipis n goreng sekejap
3 sdb gula
½ sdk garam

Bahan-Bahan Kisar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inch belacan
3 sdb cili kisar – nak pedas tambah lagi

Cara –cara
Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Lagi lama masak lagi sedap .
Tambah air jika kering dan ulang sehingga sambal pecah minyak.
Masukkan petai , gula dan garam. Masak dlm 5 minit
Kemudian masuk ikan bilis dan bawang yg digoreng tadi. Gaul hingga rata.

DONE guys….makan dengan nasi panas2 ok..SEDAP NAK MAMPUIHHH TAU!!




1 comment:

Amir Azman said...

Puasa-puasa ni tengok terliur pulak. Haha.