Sunday 12 April 2020

RESEPI 77: KUIH GULA MELAKA | ONDE-ONDE


Hello guys!

How are you? Hope you guys have an amazing day today! Dah ada idea apa untuk minum petang? Jon check it out my simple recipe again. Kuih gula Melaka atau onde-onde tanpa tepung beras dan bahan pewarna. Check it out now!



BAHAN BAHAN
2 cawan tepung pulut
2 cawan air
2 keping gula nisan/gula melaka (potong kecil)
2 cawan kelapa parut – kukus dan gaul dengan garam

CARA CARA
Satukan tepung pulut dan masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga licin dan tak melekat kat tangan.
Cubit doh sebesar guli, leperkan masukkan inti (potongan gula melaka) tutup kemas dengan doh, gentel bulat.
Didihkan air dan rebus doh hingga masak, guna api sederhana sahaja. Bebola akan terapung sekiranya doh sudah masak. Setelah masak, angkat, masukkan dan salut ke dalam bekas kelapa parut yang dikukus tadi.
Ulang sehingga doh abis.

Siap! Jom minum petang..


No comments: