Monday, 6 April 2020

RESEPI 76 : AYAM MASAK KICAP SIMPLE


Hi guys!

How are you? How’s your life in this current situation? Hopefully, everything will be OK. Today, I just nak share simple recipe iaitu ayam masak kicap. My hubby’s favorite.



Bahan-Bahan
1 mangkuk ayam
1 biji bawang besar – hiris kasar
3 ulas bawang putih – hiris halus
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 inch halia  -hiris kasar
5 btg cili api Thailand
1 cawan air
Kicap Manis Kipas Udang




Cara-Cara

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, ciliapi, halia dan bawang putih sehingga wangi.



Kemudian masukkan ayam dan kacau rata.
Masukkan pula air asam jawa, 1 cawan air dan kicap lemak manis secukupnya. Sesuaikan rasa.
Tunggu dalam 10-15 minit sehingga ayam masak dan kuah sedikit kering.


Monday, 23 March 2020

RESEPI 75: SAMBAL TELUR HANCUR


Today hari ke-6 perintah kawalan pergerakan and work from home. Work From home is a concept where the employee can do his or her job from home. Work from home is helpful to delivering work life balance to the employee, and also parallelly helps the company to get the work done. But I tak paham la kenapa I rasa lagi stress bila kerja kat rumah nie. One of the bosses ni suka sungguh everyday nak buat video call to check her/his staff. I don’t mind if it is a scheduled meeting but video call without reminder. C’mon, at least give 15 minutes reminder so that employee can prepare herself. Stay at home ni, bukanya sentiasa pakai baju office. Im wearing casual outfit which is inappropriate for virtual meeting. Itu la yang I rasa sangat stress. FAHAM…
Sekian curahan hati .

Jom check menu baru untuk hari ini.



BAHAN-BAHAN KISAR
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
½ inch belacan
4-5 sdb cili kisar

BAHAN-BAHAN LAIN
1 labu bawang Holland – hiris halus
4 biji telur
1 sdb gula
½ sdk garam
Sedikit serbuka perasa
 2 sdb kicap manis

CARA-CARA
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hinga pecah minyak.
Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa
Pecahkan telur dan biar sebentar jangan kacau. Bila telur dah mengeras sikit baru kacau rata macam nak buat scramble egg.
Masukkan bawang Holand dan gaul hingga sebati.
Siap utk dihidangkan