Saturday, 17 November 2018

TRIP HATYAI ON OCTOBER 2018 : PART 3


DAY 2: 29/10/2018 MONDAY

Okey Guys…here we go for 2nd day trip at Hatyai. Bawah ini adalah itinerary and the budget untuk hari kedua.

Hotel Grand Plaza →→ Chabura Dimsum
Chabura Dimsum →→ Lee Garden Plaza
Kim Yong Market →→ Walk
Kai Tod Decha →→ Walk
Kelantan Restaurant →→ Walk

Grab: RM8/PAX
Foods:
Dimsum – RM33/PAX
Lunch – RM20/PAX
Dinner – RM20/ PAX
Others:
Hair Treatment Product - RM50
Blouse & Pants 5pcs – RM90

TOTAL: RM221


Untuk hari kedua , kami free and easy. Tak banyak aktiviti sebab first day dah cover semua tempat jauh. So untuk hari kedua kami just jalan-jalan sekitar Lee Garden Plaza.


Sesi menunggu GRAB di depan hotel 

First start of the day, kita breakfast dulu  dekat Chabura Dimsum. Dari hotel ke Chabura Dimsum lebih kurang 6 mins macam tu. Tak jauh sangat kalau naik GRAB. Satu trip kena charged THB 76 ja . So divide la berapa orang hampa pi. Kan murah tu. Okey, sampai Chabura Dimsum, apa lagi kita pilih dimsum yang kita nak makan. Memang best! Dimsum dia tak muak sebab portion kecil- kecil je. Selain dimsum, ada masakan panas macam tomyam, nasi goreng, pad Thai dan dessert famous di Hatyai ni, banana pancake.


Kami ambil Dimsum tak banyak sangat sebab
ada order makanan lain.

Disebabkan I memang kaki makan yang suka mencuba I order pad Thai and otak-otak buah kelapa muda. Sedap sungguh!! DIDIE and NAIM order nasi goreng rasanya. Lupa pulak.  Ayaq pulak, semestinya pagi-pagi pekena kopi ais pekat likat. Tak manis tak tawar. Tapi ada ‘kick’. Harga pulak amat berbaloi dengan apa yang kami order.   So rating for this restaurant is 5/5.  


Pad Thai nie sedap. Harus cuba!!

Done breakfast, kami naik GRAB ke Lee Garden Plaza. Kami meronda jalan kaki ke Kim Yong Market. Kat sini ada barang basah dan barang kering. Dalam tu ada jual baju, barang elektrik dan kosmetik. Murah gila!! Kalau nak beli kekacang pun ada di sini. Hulur duit jer. I beli hair treatment dengan serum. Lepas semua dah shopping, jalan kaki balik Hotel. Time untuk berehat di bilik sebelum keluar lunch.


Jam 2.30 PM kami berjalan kaki ke Kai Tod Decha. Panas sungguh Hatyai nie. Berpeluh peluh muka. Nasib baik tak jauh. Dalam 5 mins walk from hotel kalau tak berlenggang. Hehehehe.

Tengah tunggu order di Kai Tod Decha. Muka-muka kecerian dapat duduk.  
Kami order Nasi Khomok Dengan Ayam Goreng, tomyam, somtam, sotong goreng tepung dan teh  ais buih-buih. Kat sini hampa harus  cuba ayam goreng cicah dengan sos dia ok.  Harga kat sini lebih kurang RM 20 untuk seorang. Rating: 3/5. Dulu suka makan dekat sini, tapi trip kali nie macam tak sedap ja masakan dia. Tukar tukang masak kot.


Menu lunch di Kai Tod Decha

Teh ais buble nie kena order ok. Sedap!!

Lepas makan kita bersenam balik jalan kaki ke Lee Garden Plaza. Area Lee Plaza ni banyak jugak jual baju-baju. Ada satu mall tepi 7E tu, dalam tu banyak jual baju-baju. I pun tergoda dekat situ maka terbelilah 5 pcs blouse and pants dengan harga RM90 tunai. Konon-konon tak mau beli apa-apa sebab nak budget. Tapi apakan daya, dah dinamakan perempuan. Shopping mall adalah hantu!!Lepas shopping kat situ masuk pulak 7E. Tengok-tengok barang nak beli apa untuk bawak balik esok.

Dinner kami beli bungkus di Kelantan Restaurant. Kami order 2 bungkus nasi goreng daging dengan telur mata dan keow teow goreng. Sedap jugak makanan dekat restaurant nie.


Rating: 4/5.
Menu Dinner dari Kelantan Restaurant. Makan di bilik lebih enak bertemankan aircond.

Habis makan and chitchat, kami tidur la…Esok nak balik dahhhhhhh..huhuhu
Tunggu tau cerita last day di Hatyai. OK…

Bubye!!

No comments: