Wednesday, 7 March 2018

REACT : LAUK KENDURI


"Jika betul2 ingin berkongsi makanan... hantarlah pada ketika lauk pauk masih panas dan menyelerakan tapi bukan kerana lebihan makanan yg sayang hendak dibuang".
Assalamualaikum guys,

Recently, i terbaca satu post KAT fb nie berkenaan lauk kenduri. Ini berkenaan tentang lauk yang tidak abis selepas kenduri dan untuk elak pembaziran , tuan rumah sedekah kepada adik-adik tahfiz. Hurmmm....siapa yang pernah buat kenduri mesti tau yang lauk pauk kenduri nie sebenarnya tidak tahan lama. Inikan pula dah pukul 7.00 pm baru nak sedekah..For my opinion kan, i dari dulu tak suka bagi sisa benda i makan yang tak abis dekat orang. Before i makan akan tanya dulu atau pelawa org dulu. So kalau tak abis , just masuk tong sampah la... Yes, memang kita tak nak membazir... membazir amalan syaitan..betul tu..tapi sanggup ke ko nak makan lauk yg dah basi dan akan memudaratkan kesihatan??..itu kau yg SYAITAN!....okey, sama la jugak kalau yang berniaga kuih-muih dan jugak nasik lemak, pagi ko antaq pi jual, time tengah hari ko pi collect bekas tengok yang mana tak abis ko bagi kat jiran-jiran. Tapi tengok tak condition makanan tak abis tu? So, benda nie org selalu abaikan, yang depa tau just tak mau membazir...HUH!...

Okeylah nie i ada copy apa yang i baca dekat FB tu. Credited to: Kasih Till Jannah

#BACA ni amik #IKTIBAR

#KENDURI OH KENDURI..HAKIKAT apa yg #DIRAIKAN?

#Luahan dr seorang MUDIR TAHFIZ

Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu #membazir..tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau #masam dan #busuk dr lauk2 #basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah "tuan rumah kenduri" semalam iaitu #buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap2 minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.

Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni. Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn

-Mudir TAHFIZ (X PERLULA DISEBUT YE)

No comments: