Hi guys! How are
you? I hope you guys have a wonderful day.
Hari ini, kita
masak ketam pula. Actually, dah habis ketandusan idea untuk masak. Nasib baik
mr. hubby bagi idea dan carikan bahan-bahan untuk masak. Kami berdua sahaja,
tapi kadang-kadang masak macam untuk 3-5 orang. So far, semua yang dimasak
habis dimakan walaupun sampai lewat malam.
Okay, jom tengok
resepi gulai ketam dari utara Kedah.
BAHAN-BAHAN
5 Ekor Ketam Saiz
Sederhana - Dibersihkan Dan Potong 2
1 Kotak Kecil Santan
Kara
1 Biji Bawang Besar-
Dihiris
3 Ulas Bawang
Putih - Dihiris
1 Inch Halia- Dihiris
1 Packet Serbuk
Kari Adabi Ketam, Udang
1 Sdb Cili Kisar
1 Mangkuk Kecil
Air Asam Jawa
Daun Kari
1 Sdk Maggi Cukup
Rasa
1 Sdk Gula
½ Sdk Garam
CARA-CARA
Panaskan minyak,
tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
Kemudian masukkan
serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan juga masukkan cili kisar.
Tumis hingga pecah minyak.
Lepas tu masukkan
ketam, air asam jawa dan sedikit air. Tunggu mendidih dalam 5-10 minit.
Kemudian masukkan
santan dan kacau untuk elak santan jadi berketul2 dan tunggu sampai mendidih.
Agak-agak ketam tu dah nak masak, perasakan dengan garam, gula dan Maggi cukup
rasa. Ikut lidah masing-masing ya .
Kacau dan
tambahkan air sekiranya terlalu pekat. Masak dalam 5 -10 minit lagi dan siap!
Senang jer masak
gulai nie sebab tak banyak bahan . Tapi kalau uols nak tambah pineapple,
silakan. My hubby tak minat letak buah-buahan dalam masakan, so iols tak letak.
Selamat Mencuba!
2 comments:
teringinnya nak makan ketam..dari day 1 PKP x dapat2 lagi..sedih kakak...hahaha....
Saya husband yang pergi belikan sebab dah tak tau nk masak apa. Depan masuk taman rumah ada kedai Acheh, senang la sikit nak beli barang basah tapi harga harap maklum la mahal.hehehehe
Post a Comment