Saturday, 31 March 2018

RESEPI 24: SPICY FRIED MEE A.K.A MEE FORENG PEDAS




Mee goreng is one of my favorite dish for breakfast or dinner…it can be basah or mamak or spicy…mana-mana pun layan…but if I’m the one who make the dish. I will cook mee goreng pedas…with telur goyang..yummmy!..So check it out my ingredients for this recipe!!




BAHAN-BAHAN
1 Bungkus Mee  (Basuh Dengan Air )
Dada Ayam Yg Dihiris Dadu
5 Sudu Besar Kicap Manis
1 Sudu Kecil Serbuk Perasa (Maggi)
1 Sudu Besar Gula
1 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Sos Cili
3 Sudu Besar Cili Kisar
Taugeh
Sayur Sawi
2 Biji Telur ( Di Goreng Goyang)

BAHAN-BAHAN BLEND/TUMBUK
3 Biji Bawang Merah
5 Btg Cili Padi Merah (Tesco Pedas)
2 Ulas Bawang Putih

CARA-CARA
Tumiskan Bahan Bahan Yg Telah Dikisar. Masukkan Cili Kisar Dan Masak Hingga Pecah Minyak.
Masuk Pula Ayam Dan 1 Cawan Air. Tunggu Hingga Ayam Masak
Kemudian Masuk Sos Tiram, Sos Cili, Kicap Manis, Gula, Dan Perasa. Gaul Hingga Rata Dan Rasa . Jika Kurang Masin Masukkan Garam..Perasakan Mengikut Selera Masing-Masing. Jika Anda Ingin Basah, Letakkan Air Sedikit. Kemudian Masukkan Mee, Taugeh Dan Sayur Sawi. Gaul Hingga Rata.
Siap Dihidangkan Dengan Teluq….

Happy Cooking Uolsss!!!



Sunday, 11 March 2018

RESEPI 23: ALFREDO PASTA


AL KISAH ALFREDO PASTA


Resepi nie yang paling senang sebab tak banyak bahan nak guna. Mostly instant. Okey nie resepi yang I buat last 5 days sebab malas. Alfredo pasta…. Dulu I wonder why la carbonara and Alfredo tu nama berbeza but color sama ja….Then google2 rupa-rupanya tak sama. Alfredo and Carbonara nie are both pasta sauces. Both these pasta sauces come from Italy. Italian restaurant owner Alfredo di Lello is credited with Alfredo sauce because he made the first Alfredo sauce in 1914. Carbonara sauce became famous during the mid-20th century and the name carbonara is derived from the Italian word for charcoal. Ingredients of Alfredo are made from butter, parsley, heavy cream and minced garlic. While Carbonara is generally comprised of pancetta, egg yolks, heavy cream, garlic, and plenty of freshly ground black pepper. Carbonara sauce maybe a bit hit than the Alfredo sauce sebab the presence of black pepper. Fettuccine is the pasta of choice for Alfredo sauce and spaghetti is the first choice for carbonara. Tapi bagi I mana2 pun…just the same…white sauce jugak kan….

Okey , summary resepi I, just beli prego alfredo sauce tu….Firstly, masak la pasta pilihan korang dulu….then tumis bawang Holland and garlic hingga naik bau…masukkan sauce preggo tu dengan 1 cawan air…tunggu hingga mendidih masuk pulak cendawan ..masak hingga agak2 kering sikit..masukkan pasta yg telah di masak tadi..gaul hingga rata dan nak sedap lagi letak cheese…nyum2 nyum….enak di makan ketika panas ya…kalua dah sejuk…tak lalu!!!! 



RESEPI 22: SAMBAL BERLADO KAKI AYAM/CEKER


SAMBAL BERLADO KAKI AYAM/CEKER

Hello There!!

So Hari Nie I Nak Share Resepi Kaki Ayam Berlado. One Of My Favorite Dish. Jangan Geli Ya Nak Makan Kaki Ayam. Ada Banyak Khasiat Kaki Ayam Nie Antaranya Ialah:

Memiliki Kolagen Yang Tinggi Yang Mampu Memberi Kelembapan Kulit
Kurangkan Risiko Tulang Rapuh Atau “Osteoporosis”.
Membentuk Probiotic Semula Jadi Dengan  Membentuk Immunity   Semulajadi Sekaligus Melancarkan Saluran Pencernaan

So, Jom Masak Menu Kaki Ayam….. Resepi Nie I Masak Memang Lama Ya Sebab Nak Bagi Kaki Empuk Dan Meresap Bumbunya Ok….




BAHAN-BAHAN:
10 Kaki Ayam
Daun Limau Purut
Garam/Gula

BAHAN-BAHAN KISAR KASAR :
1 Biji Bawang Besar
3 Biji Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
4 Batang Cili Merah
10 Btg Cili Padi Merah
½ Inch Halia

CARA-CARA:

Panaskan Minyak Dan Tumis Bahan Kisar Hingga Garing. Masukkan Air Dalam 5 Cawan . Tunggu Air Tadi Kering Dan Sambal Pecah Minyak. Kemudian Masukkan Kaki Ayam Dan Gaul Dengan Sambal Tadi. Masukkan Pulak Air Sehingga Kaki Ayam Masak Empuk Dan Sambal Kering. Proses Masak Agak Lama Kerana I Nak Kaki Betul2 Empuk. Setelah Kaki Ayam Empuk Dan Sambal Kering Masukkan Gula N Garam Untuk Perasakan Dan Akhir Sekali Masuk Daun Limau Purut.

DONE!!








Wednesday, 7 March 2018

REACT : LAUK KENDURI


"Jika betul2 ingin berkongsi makanan... hantarlah pada ketika lauk pauk masih panas dan menyelerakan tapi bukan kerana lebihan makanan yg sayang hendak dibuang".
Assalamualaikum guys,

Recently, i terbaca satu post KAT fb nie berkenaan lauk kenduri. Ini berkenaan tentang lauk yang tidak abis selepas kenduri dan untuk elak pembaziran , tuan rumah sedekah kepada adik-adik tahfiz. Hurmmm....siapa yang pernah buat kenduri mesti tau yang lauk pauk kenduri nie sebenarnya tidak tahan lama. Inikan pula dah pukul 7.00 pm baru nak sedekah..For my opinion kan, i dari dulu tak suka bagi sisa benda i makan yang tak abis dekat orang. Before i makan akan tanya dulu atau pelawa org dulu. So kalau tak abis , just masuk tong sampah la... Yes, memang kita tak nak membazir... membazir amalan syaitan..betul tu..tapi sanggup ke ko nak makan lauk yg dah basi dan akan memudaratkan kesihatan??..itu kau yg SYAITAN!....okey, sama la jugak kalau yang berniaga kuih-muih dan jugak nasik lemak, pagi ko antaq pi jual, time tengah hari ko pi collect bekas tengok yang mana tak abis ko bagi kat jiran-jiran. Tapi tengok tak condition makanan tak abis tu? So, benda nie org selalu abaikan, yang depa tau just tak mau membazir...HUH!...

Okeylah nie i ada copy apa yang i baca dekat FB tu. Credited to: Kasih Till Jannah

#BACA ni amik #IKTIBAR

#KENDURI OH KENDURI..HAKIKAT apa yg #DIRAIKAN?

#Luahan dr seorang MUDIR TAHFIZ

Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu #membazir..tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau #masam dan #busuk dr lauk2 #basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah "tuan rumah kenduri" semalam iaitu #buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap2 minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.

Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni. Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn

-Mudir TAHFIZ (X PERLULA DISEBUT YE)

RESEPI 21: SAMBAL UDANG PETAI


SAMBAL UDANG PETAI



BAHAN-BAHAN

Udang
6 sudu besar Cili Kisar
Gula Dan Garam
Petai
Air asam jawa

BAHAN-BAHAN KISAR

1 Biji Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
3 Biji Bawang Merah
½ Inch Belacan

CARA-CARA

Tumis bahan2 kisar dan cili kisar hingga pecah minyak. As Usual Lagi Lama Lagi Sedap. Tapi Make Sure Letak Air La..
Then , Dah Pecah Minyak Masuk air asam jawa Dan Perasakan Dengan Gula Dan Garam
Kemudian masukkan petai. Masak dalam 5 minit
Akhir Sekali Masuk Kan udang .
Yummyyyyyy..bole makan dah…

SELAMAT MENCUBA YA!!!


RESEPI 20: SAMBAL IKAN SIMPLE


Hello Everybody…

Okey, Hari Ini I Nak Share Kat You All One Of My Favourite Menu Bila Malas Menjelma And Nak Clear Bahan Mentah Di Dalam Freezer.. So I Suka Masak Sambal Ikan..Sangat Simple..Tak Payah Nak Blend Ke Apa..But Make Sure You All Ada Cili Yang Dah Dikisar La Dalam Freezer Tu…Kata Nak Clear Barang Dalam Freezer Kan…Okey..So Lets Check It Out The Ingredients …

BAHAN-BAHAN

5 Ekor Ikan Kembung
Cili Kisar
1 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Merah
Gula Dan Garam
2 Sudu Besar Sos Cili




CARA-CARA

Goreng Ikan Kembung Dahulu (Make Sure Ikan Da Di Salut Serbuk Kunyit Dan Garam )
Potong Bwg Besr Dan Bwg Merah Halus2.
Kemudian Dengan Menggunakan Minyak Goreng Tadi, Tumis Bawang Hingga Naik Bau Dan Masukkan Cili Kisar. Cili Kisar Nie Ikut You All La Nak Banyak Mana..Ok
Masak Hingga Pecah Minyak. As Usual Lagi Lama Lagi Sedap. Tapi Make Sure Letak Air La..If Not Hangit Sambal Tu.
Then , Dah Pecah Minyak Masuk Sos Cili Dan Perasakan Dengan Gula Dan Garam
Akhir Sekali Masuk Kan Ikan Dan Masak Dalam 5 Minit.
Tadaaaa Sedia Untuk Di Makan Dengan Nasi Panas…

SELAMAT MENCUBA YA!!!



Saturday, 3 March 2018

RESEPI 19 : SAMBAL UDANG KETAK @ UDANG LIPAN






BAHAN-BAHAN :

Udang Ketak/Lipan
Daun Limau Purut
Gula/Garam
4 Sudu Besar Cili Kisar (Ikut Kepedasan)
1 Biji Telur Gred A

BAHAN-BAHAN DI BLEND :

½ Inch Halia
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Bawang Merah
1 Ulas Bawang Putih
Sedikit Belacan

CARA-CARA:

Panaskan Minyak Dan Goreng Udang Ketak (Gaulkan Dengan Serbuk Kunyit Dan Garam) Hingga Garing.
Dengan Menggunakan Minyak Goreng Tadi Tumiskan Bahan Yang Di Blend Hingga Naik Bau.
Masukkan Cili Kisar Dan Masak Hingga Pecah Minyak. Lagi Lama Menumis Lagi Tahan Masakan Ini (Masuk Air Jika Sambal Kering)
Kemudian Masukkan Telur, Daun Limau Purut Dan Udang Yang Digoreng Tadi. Gaulkan Hingga Sebati Dan Perasakan Dengan Gula Dan Garam.

SELAMAT MENCUBA!!!!







REVIEW: DOMINOS PIZZA – SAMYEANG PIZZA AND AYAM HASEYO






Hello everybody…
Today review is about Domino’s Pizza on their latest promotion which is Samyeang Pizza and Ayam Haseyo.
I’ve tried Samyeang Beef Pizza and it has taste like BBQ Sauce with a bit spicy touch on it.
I gave 4/5 for rating. If you ask me whether i want to repeat the order? Absolutely yes!

I also tried ayam haseyo and i don’t really like it because it tastes similar with BBQ chicken wing! Nope! Not recommended! Rating: 2/5

RESEPI 18 : PHAD PHET SEAFOOD


RESEPI 18 :  PHAD PHET SEAFOOD

BAHAN-BAHAN :

Udang/ Sotong
Terung Hijau Bulat / Kacang Pjg
2 Batang Serai
Daun Limau Purut
Gula/Garam
I Sudu Cili Kisar

BAHAN-BAHAN DI BLEND :

½ Inch Halia
1 Biji Bawang Besar
3 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Sudu Kecil Lada Hitam
Sedikit Belacan
½ Kunyit Hidup
15 Btg Cili Padi Hijau (Ikut Kepedasan Anda)

CARA-CARA:

Panaskan Minyak Dan Tumiskan Bahan Yang Di Blend Bersama Serai Hingga Naik Bau.
Masukkan Cili Kisar Dan Masak Hingga Pecah Minyak. Lagi Lama Menumis Lagi Tahan Masakan Ini (Masuk Air Jika Paste Kering)
Kemudian Masukkan Terung Hijau . Agak2 Dah Masak Terung Baru Masuk Udang Dan Sotong.  Perasakan Dengan Gula Dan Garam  Dan Letak Daun Limau Purut Di Akhir Masakan.